Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kalau ibu bapa masih mampu, perlukah kita sumbang?

Dec 05, 2023 | 05:30 AM



Hmm, bagaimana pula jika orang tua kita masih bekerja dan berkemampuan? Adakah kita masih perlu menyumbang wang kepada mereka? Tia dan Tio faham bahawa soalan sebegini kadangkala berat untuk diajukan kepada orang sekeliling. Mungkin kita akan dianggap kedekut atau tak kenang budi orang tua jika kita ajukan soalan ini kepada mereka.

SOALAN: Adakah saya harus memberi wang kepada ibu bapa saya jika mereka masih bekerja dan tidak memerlukan bantuan kewangan?


Perunding Kewangan dari syarikat Income Insurance, Encik Hanafi Zulkafle, menggalak anak-anak muda melakukan introspeksi: Apakah yang mendorong saya untuk memberi bantuan kewangan kepada ibu bapa saya?

“Setiap individu mempunyai pandangan yang berbeza. Sesetengah daripada mereka mungkin berniat menyumbang kepada orang tua mereka sebagai nafkah dan sokongan selepas bersara, manakala yang lain mungkin menyumbang untuk berbakti kepada ibu bapa,” jelas beliau sambil menekankan kepentingan tujuan sumbangan kepada orang tua.

Memang ada ibu bapa yang tidak memerlukan sumbangan wang daripada anak-anak.

Meskipun begitu, Ketua Jabatan & Pegawai Kanan Agama Masjid An-Nur, Ustaz Muhammad Zuhaili Md Yusof, yang pakar dalam Pembelajaran Islam & Dakwah, memesan bahawa seorang anak tetap digalak memberi wang kepada orang tuanya agar kehidupan dan rezeki diberkati. Dengan memberi wang kepada ibu bapa, ia merupakan cara untuk berlaku ihsan kepada mereka serta membalas jasa dan pengorbanan yang dicurahkan sepertimana yang dianjurkan dalam Islam.

Allah swt berfirman dalam Surah al-Isra’ ayat 23:


Maksudnya: Dan Tuhanmu telah perintahkan supaya engkau tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa.

Dalam Surah Luqman ayat 15, Allah swt berfirman:


Maksudnya: “Dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >