Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Katrina berlatih dua bulan jadi ejen lasak dalam filem ‘Tiger 3’

Nov 20, 2023 | 5:30 AM
KATRINA KAIF: Anggap babak bergasak ejen Zoya dalam filem, ‘Tiger 3’ sebagai paling sukar untuknya.
KATRINA KAIF: Anggap babak bergasak ejen Zoya dalam filem, ‘Tiger 3’ sebagai paling sukar untuknya. - Foto AFP

Tidak mudah untuk membawakan watak ejen risikan dalam filem Tiger 3 dengan beberapa babak aksi.

Itulah yang perlu diharungi selama lebih dua bulan oleh pelakon Bollywood, Katrina Kaif, 40 tahun.

Banyak babak sepak terajang termasuk yang berisiko tinggi yang perlu dilakukannya, lapor Times of India.

Antaranya adalah babak berlawan dengan pelakon dengan kemahiran seni mempertahankan diri, Michelle Lee.

Dalam babak itu, tuala yang mereka pakai dijahit agar tidak mudah terlucut apabila mereka lasak bergasak.

“Saya perlu mempersiapkan diri saya bagi babak aksi nekad ini selama dua bulan.

“Zoya adalah ejen risikan yang lasak, tangkas dan kuat. Saya perlu bekerja keras dan ini adalah babak paling sukar pernah saya jayakan dalam kerjaya saya sejauh ini.

“Melihat apa yang dilalui, saya menyedari aksi ini tidak pernah dilakukan oleh mana-mana pelakon wanita.

“Saya mendapat latihan daripada pasukan jurulatih aksi terbaik di dunia.

“Saya sebenarnya tidak sabar ingin tahu reaksi penonton filem ini apabila melihat babak saya dan Michelle menendang satu sama lain di layar perak,” tambah Katrina dalam satu kenyataan media.

Menurutnya, bapa mentuanya amat bangga melihatnya membawakan watak Zoya yang tidak gentar dengan sebarang ancaman nyawa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg