Teroka dunia alam di Exploria

Jalan bersebelahan dinosaur gergasi dan teroka dunia mikrob yang diperbesarkan di Exploria, tarikan baru seluas 10,000 meter persegi di Mandai Wildlife Reserve.

Pengalaman berbilang media ini mengajak ibu bapa dan anak mereka meneroka pelbagai ekosistem luar biasa sambil memahami bagaimana alam dan kehidupan saling berkait.

Tarikan interaktif ini mesra semua peringkat usia, memberi kebebasan kepada keluarga untuk menimba pemahaman lebih mendalam tentang bagaimana pelbagai spesies menyesuaikan diri.

Alamat: Mandai Wildlife EAST, 80 Mandai Lake Road

Untuk maklumat lanjut, layari laman web, https://bh.sg/exploria

Di ‘RoboFest 2026’, kanak-kanak dapat belajar tentang dunia robotik sama ada dengan menonton pertarungan robot atau menyertai kegiatan yang merangsang kreativiti mereka.
Di ‘RoboFest 2026’, kanak-kanak dapat belajar tentang dunia robotik sama ada dengan menonton pertarungan robot atau menyertai kegiatan yang merangsang kreativiti mereka. - Foto PUSAT SAINS SINGAPURA

Jelajah dunia robot di ‘RoboFest 2026’

Pesta robot, RoboFest 2026: Meet Tomorrow, Today, yang buat julung-julung kali dianjurkan oleh Pusat Sains Singapura bertujuan mendekati kanak-kanak menerusi robotik dan kecerdasan buatan (AI).

Berlangsung selama empat hari, ia menampilkan empat zon dengan pengalaman interaktif dan tunjuk cara secara langsung.

Kanak-kanak boleh belajar sambil bermain, daripada menyaksikan robot bertarung hingga mencuba kegiatan yang merangsang kreativiti dan pemikiran masa depan.

Tarikh: Dari 9 April hingga 12 April

Waktu: Dari 10 pagi hingga 12 tengah hari (Pendaftaran bermula pada 9.30 pagi)

Alamat: Pusat Sains Singapura, 15 Science Centre Road

Untuk maklumat lanjut, layari laman web, https://bh.sg/robot

Program ‘Little Ocean Experts’ di bawah ‘Ocean Kids Festival’ menawarkan peluang kepada kanak-kanak berinteraksi dan belajar daripada pakar seperti penyelam dan doktor haiwan akuatik.
Program ‘Little Ocean Experts’ di bawah ‘Ocean Kids Festival’ menawarkan peluang kepada kanak-kanak berinteraksi dan belajar daripada pakar seperti penyelam dan doktor haiwan akuatik. - Foto SINGAPORE OCEANARIUM

Selami alam laut di ‘Ocean Kids Festival’

Anak anda gemar hidupan marin?

Bawa mereka selami dunia laut di Ocean Kids Festival, anjuran Oceanarium Singapura yang menampilkan kegiatan seperti meneroka habitat marin dan mempelajari fakta laut.

Kanak-kanak bukan sahaja dapat belajar tentang habitat laut, malah berpeluang berinteraksi dengan karyawan seperti penyelam dan doktor haiwan akuatik, serta bergambar sambil berpakaian seragam mereka.

Pada hari tertentu, Pusat Penyelidikan dan Pembelajaran dihidupkan dengan sesi penceritaan dan kegiatan kraf seperti bengkel membuat terumbu karang menggunakan tanah liat.

Tarikh: Kini hingga 12 April

Alamat: Oceanarium Singapura, 24 Sentosa Gateway, Sentosa Island

Untuk maklumat lanjut, layari laman web, https://bh.sg/laut