Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kek kelapa Tom Cruise idaman selebriti popular Hollywood

Apr 12, 2023 | 5:30 AM
TOM CRUISE: Menghadiahkan bintang Hollywood lain kek kelapa lazat yang menjadi idaman ramai. - Foto-foto AFP
TOM CRUISE: Menghadiahkan bintang Hollywood lain kek kelapa lazat yang menjadi idaman ramai. - Foto-foto AFP -

NAMPAKNYA pencapaian di Hollywood bagi sesetengah bintang filem bukanlah diukur dengan mereka menjulang piala Oscar.

Sebaliknya secara aneh, jika mereka mendapat kek kelapa daripada pelakon 'Kelas A' Tom Cruise, itulah yang dianggap sebagai satu kejayaan sejak akhir-akhir ini.

Laman web, People.Com melaporkan beberapa pelakon bukan calang-calang di Amerika begitu berbangga apabila menerima hadiah kek kelapa itu daripada Cruise, 60 tahun.

Siapakah antara yang bertuah menerima kek kelapa tersebut?

Pengacara, pelawak dan pelakon Rosie O'Donnell sudah mengenali Cruise selama 25 tahun lamanya dan sering memuji budi baik pelakon Mission Impossible itu.

Menurutnya, beliau tidak terasa semangat untuk menyambut Krismas sehinggalah Cruise menghantar pencuci mulut itu ke rumahnya.

"Tommy hantar kek kelapanya ke rumah saya! Sayangnya saya pada Tommy," tulis O'Donnell, 61 tahun, di Instagram.

Pelakon dan pengarah Tom Hanks, 66 tahun, pula berasakan kek kelapa pemberian Cruise itu sebagai satu 'makanan harus' yang hanya boleh dirasai setahun sekali.

Menurutnya, kek itu sangat digemari rakan sekerjanya di syarikat penerbitan miliknya, Playtone.

"Mereka tunggu setiap kali ada yang menghantar kotak besar ke syarikat kami. Adakah kek Tom Cruise? Sampaikan mereka potong kecil-kecil kek itu sebab ingin merasanya setiap hari!" tambah Hanks.

Dalam satu kemunculan di program sembang, The Late Late Show With James Corden, Cruise menjelaskan pelakon Angela Bassett dan suaminya Courtney B. Vance adalah antara penerima kek istimewanya itu.

Kata Bassett, 64 tahun, yang merupakan pelakon Black Panther:

"Sejurus dapat kek itu, saya seorang sahaja yang makan dan takkan kongsi dengan suami."

Pelakon Brooke Shields, 57 tahun, pula terkilan tidak menerima kek itu selepas berada dalam senarai penerima selama 10 tahun.

"Mula-mula saya dapat kek kelapa ini setiap tahun dan saya cukup gembira.

"Saya mahu disenaraikan lagi untuk terima kek ini. Ia adalah kek terbaik yang pernah saya rasa. Tom, sertakan saya semula dalam senarai penerima kek anda," rayu Shields.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg