Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kekal anggun, bergaya dan selesa sepanjang kehamilan

Dec 1, 2025 | 3:29 PM
hamil, gaya, fesyen, fesyen selesa
Pemilihan fesyen yang bijak dan praktikal menyerlahkan gaya ibu hamil. - Foto INSTAGRAM FARAHHWEN

Kehamilan merupakan satu fasa indah dalam kehidupan seorang wanita.

Namun, perubahan bentuk tubuh semasa hamil sering menimbulkan cabaran dari segi pemilihan pakaian.

Ramai wanita mendapati pakaian sedia ada tidak lagi sesuai, terutama apabila kandungan semakin membesar.

Walaupun begitu, kehamilan tidak seharusnya menjadi penghalang untuk tampil bergaya dan kemas, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).

Dengan pemilihan fesyen yang bijak dan praktikal, wanita hamil bukan sahaja boleh mengekalkan keselesaan, malah mampu menyerlahkan penampilan yang anggun serta meningkatkan keyakinan diri sepanjang kehamilan.

Fesyen ketika hamil seharusnya menjadi gabungan antara keselesaan, keselamatan dengan keyakinan diri.

Dengan pilihan pakaian yang tepat, ibu hamil bukan sahaja kekal bergaya, malah, dapat menjalani rutin harian dengan lebih ceria dan positif.

Keprihatinan terhadap penampilan sepanjang kehamilan mampu membawa kepada kesejahteraan emosi serta keyakinan diri yang lebih tinggi.

1. Pilih fabrik selesa, mesra kulit

Langkah pertama dalam memilih pakaian ibu hamil ialah memastikan fabrik yang digunakan lembut, ringan, dan menyerap peluh. 

Fabrik seperti kapas dan linen sangat sesuai kerana memberikan pengudaraan yang baik dan mengurangkan rasa tidak selesa akibat perubahan suhu badan.

Elakkan fabrik sintetik seperti poliester kerana ia mudah memerangkap haba dan boleh menyebabkan kegatalan.

2. Potongan longgar, gaya tetap menarik

Fesyen ibu mengandung hari ini tidak lagi membosankan.

Potongan pinggang tinggi, gaun labuh, blaus longgar dan seluar bergetah adalah antara pilihan utama yang selesa namun tetap bergaya.

Kini, banyak jenama menawarkan koleksi khusus untuk ibu hamil dengan sentuhan moden, lebih bergaya seiring ciri kewanitaan.

3. Seluar mesra ibu hamil

Memakai seluar ketika hamil merupakan satu cabaran.

Oleh itu, seluar yang mempunyai pinggang bergetah, bertali laras, atau direka khas untuk kehamilan adalah pilihan bijak.

Ia membantu memberi ruang kepada perut membesar dengan selesa tanpa tekanan yang tidak perlu.

4. Mainan warna dan emosi

Pemilihan warna juga mempengaruhi emosi dan gaya ibu hamil.

Warna lembut seperti pastel – pucat dan lembut, rona tanah, warna neutral dan biru langit memberi kesan menenangkan dan menyegarkan.

Warna gelap seperti hitam atau biru kelasi pula membantu dalam mencipta ilusi bentuk badan yang lebih langsing dan kemas.

5. Aksesori bijak, gaya menyerlah

Elak kasut tumit tinggi yang boleh menjejas keseimbangan.

Sebaliknya, pilih kasut rata yang empuk dan menyokong tapak kaki. 

Tambahkan aksesori ringkas seperti rantai minimalis, skaf lembut, atau beg tangan ringan bagi melengkapkan gaya tanpa membebankan.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg