Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kembara dua anggota The Moffatts bangun jenama baru dengan lagu ‘cover’

Feb 5, 2024 | 5:30 AM
Anggota ‘boyband’ The Moffatts, Clint (kiri), dan saudara kembarnya, Bob Moffatt, kini berjaya menggalak pelancongan di pelbagai negara sambil memajukan muzik ‘cover’ nostalgia mereka menerusi jenama baru, Music Travel Love.
Anggota ‘boyband’ The Moffatts, Clint (kiri), dan saudara kembarnya, Bob Moffatt, kini berjaya menggalak pelancongan di pelbagai negara sambil memajukan muzik ‘cover’ nostalgia mereka menerusi jenama baru, Music Travel Love. - Foto FACEBOOK MUSIC TRAVEL LOVE

Sekitar tahun 1980-an, mereka dikenali ramai di serata dunia termasuk benua Asia sebagai ‘boyband’ pop The Moffatts yang terdiri daripada Scott dan adiknya yang merupakan kembar tiga dari Canada, Bob, Clint dan Dave Moffatt.

Namun, empat dekad kemudian, dua daripada kembar tiga ini, Bob dan Clint pula dikenali sebagai duo unik yang mengembara sambil menyebar cinta terhadap muzik.

Mereka menggelar diri mereka Music Travel Love.

Setahun sebelum pandemik Covid-19 melanda pada 2019, mereka gigih mengembara ke seantero dunia dan merakam ‘cover’ lagu lama seperti Stand By Me dan You’ve Lost That Loving Feeling dengan berlatarbelakangkan air terjun dan gunung-ganang yang saujana mata memandang.

Tidak hairanlah hingga hari ini, mereka begitu terkenal di YouTube dan berjaya menjenamakan diri mereka semula dengan konsep persembahan yang unik termasuk bergabung dengan pemuzik dari Asia.

Pada 7 April ini, Music Travel Love bahkan akan membuat persembahan di Pusat Persidangan dan Pameran Suntec Singapore (Dewan 406, Tingkat 4) mulai 7.30 malam.

Konsert dengan ruang berdiri sahaja ini dibawakan Teamup Event Pte Ltd sebagai sebahagian siri konsert jelajah Asia 2024, Music Travel Love (Covering The World). Ia turut menampilkan Dave.

Dalam satu wawancara laman Country Thang Daily, Bob dan Clint menceritakan tentang perkembangan terkini mereka.

Mengenai bagaimana Music Love Travel dimulakan, Bob berkata:

“Selepas bertahun menjalani uji bakat untuk beberapa label rakaman, kami berasakan mereka tidak berapa memahami citarasa kami. Lantas, kami merumuskan lebih baik kami buat sahaja sendiri apa yang kami ingin usahakan tanpa membuang masa mengikut kata eksekutif label rakaman.

“Selepas berbincang ringkas sesama kami, kami akur kami suka menghasilkan muzik dan mengembara tanpa mengabaikan keluarga kami. Jadi, kami namakan kumpulan kami Music Travel Love.

“Kami adalah kembar bersaudara daripada kembar tiga. Kami mempunyai seorang abang. Sebenarnya, selepas The Moffatts, saya dan Clint pernah bergerak berdua di Thailand di bawah label SonyBMG Music pada 2005.”

Mengenai idea mengembara ke tempat-tempat menarik, Clint pula berkata mereka sedang bersembang dengan seorang teman dalam sektor binaan yang mempelawa mereka mengikutinya dalam kembara mencari lokasi binaan dan tapak perkhemahan.

Walaupun idea itu tidak menjadi, Bob dan Clint mendapat idea mengembara ke lokasi terpencil sambil merakam video muzik mereka yang cantik dipandang mata.

“Sebelum Covid-19 melanda, kami mendapat undangan daripada badan pelancongan daripada pelbagai negara seperti India, New Caledonia, Madagascar, Sri Lanka dan Vietnam untuk buat penggambaran di negara mereka.

“Walaupun ada perancangan terhenti kerana Covid-19, ia akan disambung semula nanti. Sukar pula nak katakan lokasi kegemaran kami sebab semuanya memang cantik dan unik. Cabaran terbesar adalah pukulan badai kencang di sesetengah negara,” jelas Bob.

“Selepas bertahun menjalani uji bakat untuk beberapa label rakaman, kami berasakan mereka tidak berapa memahami citarasa kami. Lantas, kami merumuskan lebih baik kami buat sahaja sendiri apa yang kami ingin usahakan tanpa membuang masa mengikut kata eksekutif label rakaman. Selepas berbincang ringkas sesama kami, kami akur kami suka menghasilkan muzik dan mengembara tanpa mengabaikan keluarga kami. Jadi, kami namakan kumpulan kami Music Travel Love.”
Bob Moffatt dari kumpulan Music Travel Love.
Laporan berkaitan
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg