Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kerana ‘Rocky III’, Stallone derita hilang ingatan susuli diet melampau

Jun 23, 2023 | 01:47 PM



Pelakon Hollywood yang terkenal kerana watak aksi, Sylvester Stallone, pernah melalui diet pemakanan dan rutin senaman yang dahsyat bagi persiapan untuk filem Rocky III pada era 1980-an.


Mengingati proses perit yang perlu dilalui, Stallone, kini 76 tahun, tidak dapat membayangkan makanan dan minuman yang diambilnya untuk memastikan lemak dalam badannya mencapai paras 2.8 peratus sahaja.

Pada ketika itu, Stallone membawa watak ahli tinju Rocky Balboa yang menentang ‘Clubber’ Lang, watak yang dibawa Mr T.

“Sarapan pagi saya hanyalah dua biskut oat yang kecil dan diperbuat daripada beras perang dan 10 cawan kopi kerana saya perlu memastikan lemak dalam badan saya turun sehingga 2.8 peratus,” jelasnya kepada akhbar The Wall Street Journal.


“Tapi selepas itu, saya mula terlupa nombor telefon sendiri. Saya cuma makan ikan tuna. Daya ingatan saya hilang... luput dan terjejas. Saya mula rasa lemah hasil kesan fizikal pada tubuh saya gara-gara pemakanan sebegitu. Apa nak buat? Ia tuntutan tugas,” ujarnya lagi.

Kini, beliau hanya memberi tumpuan kepada senaman impak ringan mengikut kesesuaian usianya.

“Saya melalui proses peralihan bersenam dengan angkat berat kepada mengangkat alat senaman lebih ringan. Ia adalah terapi fizikal buat saya dengan memastikan saya kekal bergerak dan otot-otot saya tidak kejang,” jelasnya.

Sepanjang kerjayanya, Stallone sudah melalui lima pembedahan belakang badan, dua pembedahan bahu dan tiga pembedahan tengkuk serta kededua lututnya.

“Saya macam lelaki bionik! Banyak besi dalam tubuh. Sekarang saya juga kurangkan minum kopi,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >