Subuh
5:40
Syuruk
6:59
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kerdipan bintang Nusantara di Pesta Raya

Emilia Contessa dan Dayang Nurfaizah turut hidupkan semangat muzik warisan Melayu
Mar 17, 2023 | 05:30 AM



JIKA anda dewasa pada tahun 1970-an dan terpaku di depan kaca televisyen dek penangan filem Akhir Sebuah Impian yang menampilkan bintang Indonesia Emilia Contessa, rindu anda akan terubat.



Sebab Emilia, yang sudah lama tidak membuat persembahan di Singapura, akan membawa anda 'terbang jauh' ke alam keroncong yang mengasyikkan.



Kalau anda terkilan kerana tidak dapat menyaksikan Ratu R&B Malaysia, Dayang Nurfaizah, memberi sentuhan kreatifnya pada lagu klasik Melayu dalam konsert Belagu di Dewan Filharmonik Petronas Malaysia baru-baru ini, usah bimbang.



Sebab Dayang akan bertamu di Singapura dengan sajian lagu seperti Gurindam Jiwa, Malam Ku Bermimpi dan Ketipang Payung.



Pendek kata, dua bintang serantau ini adalah antara artis 'nama besar' yang akan menjayakan Pesta Raya - Festival Seni Melayu anjuran Esplanade yang akan berlangsung antara 18 hingga 21 Mei.



Tiket bagi pelbagai sajian program sarat budaya, warisan, estetika seni dan hiburan sudah mula dijual pada Khamis.



Memberi jaminan Pesta Raya yang masuk edisi ke-22 tahun ini akan memenuhi cita rasa pelbagai generasi penonton, Penerbit The Esplanade Co.Ltd, Cik Hanie Nadia Hamzah, memberitahu Berita Harian:



"Ini adalah tahun kesembilan saya menerajui Pesta Raya dan saya masih menemui banyak unsur kegembiraan bahkan rasa teruja dan cukup kagum dengan usaha pasukan kami menyatukan senarai acara tahun demi tahun.



"Saya amat menghormati semua seniman yang terlibat dan memberi jiwa raga mereka dalam menjana kerja kreatif yang menyampaikan kisah peribadi, bersejarah dan pencetus inspirasi - kisah yang membuatkan jiwa kita tersentuh dengan inti pati yang disampaikan dalam sesebuah kesenian.



"Saya masih ingat ketika pandemik Covid-19 baru melanda dan kami perlu mengubah seluruh acara pesta ini ke format dalam talian sebelum meneruskan pesta secara hibrid pula.



"Saya berharap selepas acara seni kini kembali bersemarak sepenuhnya tahun ini, sajian Pesta Raya kali ini dapat mewujudkan suatu keistimewaan yang memberi kita gambaran bahawa kita adalah cebisan unik kisah orang Nusantara yang lebih meluas.



"Saya juga anggap Pesta Raya ini ibarat rumah terbuka terakhir sebelum musim Lebaran ditutup untuk dihadiri keluarga dan sahabat-handai beramai-ramai. Kebiasaannya orang kita akan datang ke acara Pesta Raya dengan baju mereka yang menampakkan keceriaan Hari Raya."



Apakah antara acara yang tidak boleh anda lepaskan?



SIMFONI KERONCONG NUSANTARA (ORKESTRA MELAYU SINGAPURA)



Bila: 19 Mei, 8 malam



Tempat: Dewan Konsert Esplanade



Tiket: $30, $50 dan $70 serta $24 (warga emas, anggota Perkhidmatan Negara dan golongan kurang upaya)



Genre keroncong yang menenangkan dan unik sebagai satu identiti kesenian Nusantara akan disajikan dengan penghibur bukan calang-calang seperti Emilia Contessa, Datuk Yusni Hamid, Eddy Ali, Suryana Norddin dan Jamilah Abu Bakar.



Anda akan dibuai dengan lagu klasik Jali-Jali, Bengawan Solo, Sayang Di Sayang, serta irama pop kontemporari kegemaran ramai yang diberi sentuhan keroncong.



DAYANG NURFAIZAH: BELAGU



Bila: 20 Mei, 8 malam



Tempat: Dewan Konsert Esplanade



Tiket: $50, $75, $100, $125, $160 (VIP - Peluang bergambar dengan Dayang) dan $250 (peluang bergambar dengan Dayang dan makan serta minum tiga sajian di The Malayan Council, Esplanade, sebelum konsert), serta $40 dan $60 (anggota Perkhidmatan Negara, warga emas), serta $40 (golongan kurang upaya)



Sejak seminggu lalu, ramai yang sudah memperkatakan tentang konsert ini meskipun tiketnya belum lagi dijual.



Dayang akan memberi sanjungannya buat lagu Melayu klasik sebagaimana yang dimuatkan dalam dua albumnya.



Album Belagu II bahkan dihasilkan dengan kerjasama Orkestra Budapest Scoring dari Hungary.



Kata Cik Hanie:



"Saya juga mendapat maklum balas ramai yang sudah menonton konsert di Malaysia ingin menonton sekali lagi di Singapura.



"Bezanya konsert di sini diiringi band dan bukannya orkestra seperti di seberang."



  • Semua tiket bagi acara Pesta Raya boleh ditempah di Sistic, manakala senarai acara Pesta Raya boleh diperolehi di laman Esplanade.com.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >