Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kes saman: Siti Nordiana taip jawapan akibat hilang suara

Nov 30, 2023 | 01:30 PM



Penyanyi dan pelakon, Siti Nordiana Alias, yang kehilangan suara sejak seminggu lalu memberikan keterangan dengan menulis melalui iPad pada kes perbicaraan saman fitnah yang difailkannya terhadap lima individu termasuk dua rakan seperjuangan, Lan Solo dan Syura Badron.

Di awal prosiding perbicaraan pada 29 November, Siti Nordiana atau Nana selaku plaintif hanya menjawab setiap soalan diajukan peguam defendan mewakili Lan dan Syura iaitu Azlan Abdul Razak.

Bagaimanapun, disebabkan Nana masih belum mempunyai suara, Azlan kemudian memohon mahkamah supaya penyanyi itu dibenarkan menjawab soalan dan memberi keterangan dengan menulis dalam iPad yang dipancarkan ke skrin televisyen (TV).

Perbicaraan yang sepatutnya berlangsung pada 28 November, ditangguhkan kepada 29 November berikutan keadaan penyanyi itu yang hilang suara dan mendapat cuti sakit dari klinik kerajaan.

Sementara itu, Nana memberitahu mahkamah, siaran langsung lima individu terbabit menerusi akaun Instagram (IG) masing-masing menyebabkan ada kontrak duta produk tidak disambung.

Apabila disoal Azlan yang mewakili defendan mengenai kontrak apa yang tidak disambung, Nana berkata, pengurusnya yang mengetahui secara spesifik.

“Saya hanya diberitahu ada kontrak tidak disambung. Selepas itu sudah tidak ada kontrak duta untuk saya sampai sekarang,” katanya.

Apabila dicadangkan oleh peguam itu adalah anggapannya semata-mata, penyanyi itu bersetuju.

Sementara itu, Nana bersetuju dengan cadangan peguam defendan bahawa siaran langsung di IG itu tidak menyebut namanya secara spesifik dan slanga ‘diorang’ digunakan lima individu terbabit merujuk kepada lebih daripada seorang.

Bagaimanapun, Nana tidak bersetuju bahawa semua bahagian video itu tidak menyebut namanya.

Azlan bertanya bagaimana Nana berasa setiap apa yang diperkatakan dalam siaran langsung memfitnah dirinya?

Kata Nana: “Ia seolah-olah saya seorang yang berlagak. Mereka memang menujukan ‘live’ ini untuk saya. Ia seolah-olah mencerminkan saya adalah artis perasan popular.”

Nana memberikan keterangan dalam kes samannya terhadap Lan atau nama sebenarnya, Mohd Razlan Mohamed Yusof, 38 tahun; isteri Lan, Nur Sheila Hassim, 38 tahun; Zuraidah Badron, 37 tahun, atau lebih dikenali Syura; Pegawai Perhubungan Awam Syarikat Rakaman FMC Music, Sam Musyadzafar Samin, 45 tahun, dan jurusolek artis, Razidah Ahmad Senusi, 43 tahun.

Sebelum ini, pengurus Nana, Mohammad Al Anas Osman selaku saksi kedua plaintif memberitahu mahkamah perkara yang sama iaitu penyanyi dan pelakon itu kehilangan kontrak pengiklanan sebagai duta tiga syarikat komersial berikutan siaran langsung berkenaan.

Mohammad Al Anas berkata, kontrak dengan syarikat kosmetik dibatalkan, manakala dua lagi dari syarikat luar negara tidak disambung.

Terdahulu, dalam pernyataan tuntutannya, Nana mendakwa pada 20 Julai 2021, melalui siaran langsung dikendalikan Nur Sheila yang disertai empat defendan lain menyiar, mengeluar dan menerbitkan kata-kata berunsur fitnah terhadapnya.


Peserta ‘All Stars Gegar Vaganza’ (ASGV) itu mendakwa, fitnah itu membawa maksud antaranya beliau bukan artis yang bersih dan dihormati, ego, tidak mendengar nasihat dalam segala perkara dan menggunakan wang serta populariti bagi memastikan dirinya dihormati.


Penyanyi lagu, Cinta Hanya Sandaran, itu turut mendakwa kelima-lima defendan memadam siaran langsung daripada akaun IG masing-masing, namun ia tular dan dimuat naik semula ke laman YouTube dan masih boleh ditonton orang ramai.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >