Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kesihatan Zamani terjejas gara-gara ‘ponteng’ fisioterapi

Jun 01, 2023 | 01:30 PM



GARA-GARA ‘ponteng’ rawatan fisioterapi kerana sibuk bekerja, penyanyi Zamani mengaku keadaan kesihatannya sedikit merosot ketika ini.

Zamani atau nama sebenarnya, Zamani Ibrahim, 52 tahun, memberitahu Berita Harian Malaysia (BHM), kesan yang dialami berikutan tidak menjalani rutin apabila mula sakit pada bahagian belakang badan.


“Keadaan kesihatan saya merosot sedikit sebab saya tidak menjalani latihan fisioterapi. Saya hanya sempat buat sebulan setengah sebelum berhenti kerana terlalu sibuk memenuhi undangan persembahan.

“Kesan yang dialami adalah rasa sakit pada bahagian pinggang ke bawah. Selepas menjalani pembedahan, saya okay sahaja setiap kali pulang mengadakan persembahan sejak enam bulan lalu.

“Namun, sekarang sudah mula sakit badan. Doktor bising bila mengetahui perkara sebenar,” katanya ketika ditemui pada sidang media Konsert Konsert Kasih Pengasih 2023 di Rumah Pengasih, Bukit Tunku, baru-baru ini.

Turut hadir ialah Pemangku Presiden Persatuan Pengasih Malaysia, Hafizi Harun.

Tidak mahu keadaan kesihatan menjejaskan kerjayanya, penyanyi lagu, Syair Si Pari-Pari itu memaklumkan, beliau sudah membuat janji temu untuk menyambung rawatan fisioterapi itu.


“Sepatutnya, saya kena jalani rawatan fisioterapi sehingga keadaan benar-benar pulih. Sebelum ini, saya perlu berlatih dua kali seminggu.

“Tetapi, sekarang saya kena pergi dua minggu sekali. Saya akan kembali menjalani fisioterapi, dua minggu lagi,” katanya.

Ditanya adakah berkemungkinan tulang belakang kembali bengkok jika berterusan melakukan latihan, Zamani meluahkan rasa syukur kerana risiko itu tidak berlaku.

“Kalau pembedahan membabitkan ‘disc’ mungkin berisiko tinggi. Tetapi, keadaan saya berbeza.

“Namun, kalau saya tak jaga betul-betul, tidak mustahil perkara ini boleh berlaku.

“Sebelum ini, doktor mengizinkan saya kembali aktif bekerja kerana menganggapnya sebagai salah satu kaedah rawatan.

“Bagaimanapun, doktor nasihatkan saya kembali berehat jika keadaan semakin mudarat,” kata vokalis kumpulan Slam ini.

Sementara itu, Zamani memberitahu, dana yang dikumpul untuknya bagi menampung kos pembedahan dan rawatan masih lagi berbaki.

“Dana ini memang saya ketepikan untuk kos perubatan termasuk rawatan susulan atau membeli barangan berkaitan.

“Saya tak guna untuk tujuan lain, malah jumlahnya masih ada separuh lagi,” kata Zamani.

Terdahulu, pada November tahun lalu, Zamani menjalani pembedahan membetulkan tulang belakang akibat penyakit skoliosis di sebuah pusat perubatan swasta.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >