Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Khai Bahar gigih atasi serangan resah melampau

Nov 09, 2023 | 02:24 PM



Penyanyi Khai Bahar pernah terdengar pelbagai bisikan termasuk menyuruhnya terjun daripada balkoni rumah.

Selepas mendengarkan bisikan mencederakan diri itu, penyanyi asal Perlis itu terpaksa menyembunyikan senjata tajam seperti pisau dalam almari.

Khai atau nama sebenarnya, Muhammad Khairul Baharuddin, 29 tahun, percaya semuanya gara-gara penyakit kebimbangan melampau atau serangan keresahan (anxiety attack) yang dihadapi.


Bagi mengelakkan kejadian tidak diingini, Khai mengajak adik-beradik dan iparnya tinggal bersama.

“Saya terpaksa ajak adik-beradik yang sudah berkahwin tinggal bersama bagi elak lakukan perkara bukan-bukan. Saya pernah terdengar bisikan minta saya terjun daripada balkoni rumah.

“Atas sebab itu, saya elak duduk bersendirian kerana takut bisikan ini menghantui fikiran,” dedahnya menerusi temubual bersama program sembang One On One di seberang tambak.


Pelantun lagu Luluh itu juga mendedahkan, penyakit yang dialami itu menyebabkannya lebih suka duduk di rumah sekiranya tidak terikat dengan urusan kerja.


“Jika tiada urusan penting, saya lebih selesa duduk di rumah. Kalau nak keluar pun atas urusan kerja, jika tidak saya lebih banyak terperuk di rumah. Saya juga ambil masa lama untuk kembali keluar seperti dahulu,” katanya.

Khai malahan berkongsi, beliau pernah mengalami sesak nafas pada tengah malam sehingga terpaksa dikejarkan ke hospital.

“Saya alami sesak nafas sampai terpaksa dikejarkan ke hospital. Bagi menyedapkan hati, saya jalani pemeriksaan kesihatan dan nyata, saya sihat tanpa sebarang penyakit,” katanya yang menghidap masalah kebimbangan melampau sejak beberapa tahun lalu.

Katanya, beliau mengalami serangan keresahan itu selepas dikaitkan dengan pelbagai kontroversi.

“Saya mungkin terlalu memikirkan persepsi orang terhadap saya. Namun, saya bersyukur berjaya atasi penyakit ini. Tujuan saya berkongsi untuk beri kesedaran mengenai masalah kesihatan mental,” katanya lagi.

Khai menitipkan pesan kepada mereka yang mengalami masalah serangan keresahan ini supaya segera mendapat rawatan dan tidak malu dengan penyakit yang dihidapi.

“Kepada mereka yang sedang melalui fasa sukar, percayalah ada hikmah atas setiap perkara yang berlaku. Jangan malu dengan masalah kesihatan mental yang dialami dan usah berlengah mendapatkan bantuan pakar psikiatri,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >