Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Khai Bahar tegur warganet kecam cuti di Langkawi ketika ibu tenat

Jan 09, 2024 | 05:45 PM



Kadangkala sakit kepala memikirkan perihal warganet yang tidak berhati perut dan tidak tunggu masa untuk mengecam termasuk ketika orang lain dalam kesedihan pemergian orang tersayang.

Inilah yang berlaku tatkala penyanyi Malaysia yang terkenal, Khai Bahar, meratap kepiluan ibunya, Cik Rosnah Mohamad, 62 tahun, meninggal dunia dalam tidur baru-baru ini, kerana komplikasi beberapa penyakit kronik termasuk ginjal, jantung, paru-paru dan hati.

Kalau dikenali Khai, 29 tahun, memang jarang beliau naik angin di media sosial. Tapi gara-gara komen tidak beralas seorang warganet, tidak tertahan lagi perasaan marah dan tersinggungnya hingga memuat naik komen di ruang Instagramnya.

Individu berkenaan mengecam pelantun lagu Luluh itu yang dikatakan berkunjung ke Langkawi pada detik ibunya sakit tenat sehingga perlu pulang ke kampung halaman di Perlis dengan menaiki bot malam apabila mendapat berita pemergian ibu tercinta.


Ada pula yang mendakwa Khai keluar dengan kumpulan jejaka songsang dengan menulis: “Teguran untuk Khai Bahar. Arwah mak nak yang terbaik untuk Khai. Saya tahu Khai pergi pulau celebrate New Year dengan siapa.”


Khai dalam jawapannya pula menulis, beliau merancang menyambut Tahun Baru di Langkawi bersama rakan-rakan kampungnya yang sudah lama dikenali.

“Ramai suruh ‘ignore’ (abaikan). Ya, sebelum ini, aku tak pernah ambil ‘port’ tentang orang nak kata caci maki aku. Tak pernah ambil tahu, tak pernah langsung! Aku sekarang tengah sakit, ‘syurga’ (ibu) aku dah tak ada, tapi bila nak kaitkan tentang arwah mak aku, aku sedih.

“Aku kenal diri aku siapa. Kau tak kenal aku, tak kenal kawan-kawan aku, jaga aib masing-masing! Kalau tak boleh ‘support’ (sokong) aku, jangan caci-caci aku, kawan-kawan aku. Aku maafkan kau dan aku pun minta maaf dekat siapa sahaja kalau aku pernah buat silap. Dosa aku dengan Allah aku tanggung.

“Maybe (Mungkin) esok lusa aku dah tak ada, baru kau boleh ‘stop’ (hentikan) cari salah aku.”

Hai, kepada warganet ni pun... fahamlah keadaan seseorang yang baru kehilangan ibu. Tambahan pula, Khai memang rapat dengan ibunya yang mesra dengan panggilan Mak Ros. Pastinya kehilangan itu amat dirasakan. Buat Khai, moga terus bersabar dan berikan yang terbaik seperti selalu.

Buat yang telah menempah tiket untuk saksikan konsert Hetty Koes Endang, Melodies of Nostalgia, pada 13 Januari di Teater Mediacorp, jangan lupa untuk tonton dan beri semangat buat Khai juga.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >