‘OPEN BOOK’: Singkap cara Jessica Simpson kembalikan semangat baru selepas lama terbelenggu dengan ketagihan arak.
‘OPEN BOOK’: Singkap cara Jessica Simpson kembalikan semangat baru selepas lama terbelenggu dengan ketagihan arak. - Foto JESSICA SIMPSON ONLINE
‘UNFINISHED’: Banyak perkara belum selesai dalam perjalanan seni Priyanka Chopra.
‘UNFINISHED’: Banyak perkara belum selesai dalam perjalanan seni Priyanka Chopra. - Foto INSTAGRAM PRIYANKA CHOPRA

Anda memerlukan inspirasi daripada selebriti yang telah mengharungi jerih payah kehidupan? Berikut tiga buku kisah riwayat hidup yang boleh diperolehi untuk tinjau apa yang dilakukan sebagai motivasi.

‘ROCKERS JUGA MANUSIA’

  1. Kisah riwayat hidup Ratu Rok Malaysia, Ella.
  2. Inilah buku yang merakam perjalanan seni dan sumbangan Ella kepada dunia hiburan Nusantara. Jika Ella orangnya tidak banyak berbicara malahan dengan media juga sering tersipu-sipu malu tetapi manja, buku ini akan menjawab segalanya dan menjadi suara tentang tekad bulatnya mewarnai industri.
  3. Boleh didapatkan di https://rockqueen.com.my/ella

‘OPEN BOOK’

  1. Kisah riwayat hidup pelakon dan penyanyi, Jessica Simpson.
  2. Menggali emosi Simpson sejak 15 tahun lalu, detik di mana beliau menyedari dirinya mempunyai masalah ketagihan arak dan mula ingin mengubah hidupnya. Ia bukan kisah mengecapi glamor semata-mata tetapi membongkar kehidupan anak seni yang dambakan kehidupan tenang seperti orang lain.
  3. Boleh didapatkan di Shopee dan eBay.

‘UNFINISHED’

  1. Kisah riwayat hidup ratu cantik dan pelakon, Priyanka Chopra Jonas.
  2. Ia menjejak kehidupan Priyanka di dunia berbeza. Kehidupan kanak-kanaknya di India, zaman remaja di Amerika Syarikat dan kembalinya beliau ke India. Semua jerih payah untuk mengejar cita-cita dan rasa dipinggirkan di negara sendiri serta bagaimana beliau mengejar rezekinya di Amerika dikongsi.
  3. Boleh didapatkan di Amazon dan Shopee.