Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Koleksi Raya Fatimah Mohsin, Diyana Halik tampil busana wanita versatil

Mar 19, 2024 | 05:30 AM



Pereka fesyen setempat, Fatimah Mohsin, biasanya lebih dikenali dengan busana pengantin yang glamor atau lebih rumit, menggabungkan unsur tradisional dan moden.

Usahawan itu kini menampilkan busana yang boleh dimiliki dan dipakai untuk acara khas, termasuk Hari Raya. 

Jenama FM oleh Fatimah Mohsin kali ini mengetengahkan koleksi busana Muslimah yang anggun dan versatil.

“Kami mengekalkan mutu dan keselesaan buat si pemakai dengan tidak kira saiz badan. Begitu juga dengan koleksi tudung yang direka dan diinspirasikan daripada cinta saya kepada kain renda, bunga dan imaginasi,” kata Fatimah. 

Jenama itu merupakan antara koleksi yang dipaparkan dalam acara bazar Celebraya, yang dikelolakan Fatimah dalam satu gabungan bersama SingPost di Paya Lebar Central.

Ia merupakan bazar Celebraya yang ketujuh yang dianjurkannya sejak 2017.

Encik Cassidy Lim, selaku Pengurus Pembangunan Perniagaan untuk penganjur, Fatimah Mohsin The Wedding Gallery, berkata:

“Sebelum ini, kami mengadakan bazar di persekitaran City Plaza dan pada 2023, Celebraya diadakan di Kinex.

“Tetapi tahun ini kami bekerjasama dengan SingPost dalam satu acara menjelang Raya yang pertama diadakan di bangunan itu.”

Celebraya kali ini akan menyambut pengunjung di lokasi berhawa dingin dari 26 Mac hingga 7 April.

Menurut Encik Lim, bazar kali ini memberi tumpuan kepada fesyen, gaya hidup dan juga perkhidmatan yang tersedia untuk orang awam.

Pelakon dan pengacara, Shenty Feliziana, yang hadir pada acara perasmian Celebraya berkata beliau mendapati koleksi rekaan Fatimah Mohsin mempunyai variasi menarik daripada ‘minimalist’ dan ringkas hingga ‘glam’ dan menawan dengan butiran terperinci.

“Koleksi FM dapat menarik individu yang mempunyai cita rasa yang berbeza – setiap individu pasti akan tertarik dengan sesuatu daripada koleksinya,” kata Shenty.

Selain pakaian dan tudung, kedai hiasan rumah milik Fatimah Mohsin, Propstore, juga seperti tahun-tahun sebelum ini akan membawakan barangan perhiasan rumah yang mengikut cita rasa dan trend masa kini.

Usahawan busana Muslimah, Diyana Halik, turut terlibat dan buat kali pertamanya mempamerkan koleksi busana Hari Rayanya di acara perasmian Celebraya yang diadakan di restoran Ivory by Pu3, di 111 Somerset, baru-baru ini.

Diyana berkata tema busana, ‘Taman Eid’, melambangkan busana wanita yang halus keperibadiannya dan mencari keredaan Allah.

Koleksi itu menampilkan busana berwarna pastel atau lembut.

“Tahun ini (2024) sangat istimewa kerana kami juga akan adakan pakaian untuk kanak-kanak dari umur empat hingga 12 tahun supaya dapat sedondon dengan keluarga,” kata Diyana.

Jenama Diyana Halik telah berjaya menawarkan bermacam koleksi tudung dan pakaian Muslimah sejak 2014.

Ini juga kali pertama jenama itu dapat memperagakan koleksi terbarunya dalam bentuk pertunjukan fesyen.

Empat koleksi terbaru yang diberi nama, Melur, Camellia, Abaya Tiara dan Serene, mendapat perhatian selebriti, pengacara dan bekas deejay Radio, Fiza O:


“Saya sangat sukakan koleksi Raya Diyana Halik kerana potongannya dan ia mudah untuk digayakan. Kita boleh menambah dengan aksesori untuk berjalan Raya atau memakainya untuk acara lain. Saya juga suka koleksinya kali ini, banyak berwarna pastel!”

Suami Diyana, pelakon popular Aaron Aziz, dan rakan mereka, bekas pemain bola sepak, Aide Iskander, juga turut menyertai bazar itu dan akan menjual kain samping siap untuk dipakai, di bawah jenama ‘Band of Brothers’.

Amy Search daripada kumpulan Search pula akan terlibat dan bakal menawarkan busana lelaki dan kopi terkenalnya, kopi Phewiiit.

Selain fesyen dan gaya hidup, Celebraya juga akan disertai oleh Cef Queen Siti, Nori Perfume, Most Squad dan ramai lagi penjual yang akan menyerikan bazar tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >