Setiap kali pengarah dan penulis naskhah teater, Moli Mohter, mendengar podcast ataupun membaca buku yang ditulis orang asing, beliau akan mudah rasa tersentuh dengan isu-isu kemanusiaan yang dikongsi.

Walaupun mereka yang berkongsi rasa dan cerita ini berbeza adat dan bangsa, Moli, 40-an tahun, akur semua manusia menjalani fasa kedukaan dan jatuh bangun kehidupan yang sama.