Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Komposer Ross Ariffin ingin bangkit dari hidup merempat

Jul 20, 2023 | 2:48 PM
MENARUH HARAPAN: Ross Ariffin berharap dirinya dapat kembali mencipta lagu dan bermain muzik sebagaimana dahulu dan tidak hidup gelandangan dan berpindah-randah.
MENARUH HARAPAN: Ross Ariffin berharap dirinya dapat kembali mencipta lagu dan bermain muzik sebagaimana dahulu dan tidak hidup gelandangan dan berpindah-randah. - Foto UTUSAN MALAYSIA

Siapa sangka seorang komposer dan penerbit ter­kenal, Ross Ariffin, atau nama sebenarnya Roslan Ariffin, 61 tahun, yang pernah hidup serba mewah dan disanjung tinggi ketika popular kini cuba bangkit daripada hidup merempat.

Beliau yang cukup dikenali sebagai pencipta lagu Dia yang dinyanyikan Fauziah Latiff; Kau dan Aku nyanyian Ning Baizura; Kurniaan Dalam Samaran oleh Datuk Seri Siti Nurhaliza; Semalam Ku Tolak Ke Tepi, Liza Aziz dan banyak lagi, hidup ibarat ‘kais pagi makan pagi, kais petang makan petang’.

Malah Ross pernah melanjutkan pelajaran dalam bidang muzik di Redbridge, London, pada usia 12 tahun serta menjadi pemain piano profesional, lapor laman Utusan Malaysia.

Di sebuah hotel bajet di Jonker Walk di Melaka, Ross be­kerja melipat tuala dan cadar, menyapu lantai serta menjaga kaunter tanpa bayaran, sebaliknya dibenarkan menginap di situ secara percuma.

“Hidup saya tidak seperti dahulu. Saya hilang segala-gala­nya sejak wabak Covid-19 kerana industri muzik menyebabkan ramai hidup me­larat.

“Saya tidak terkecuali pernah menjadi gelandangan tidur di kaki lima Pasar Seni, Kuala Lumpur, serta mendapat makan di Pertiwi Soup Kitchen setiap hari. Bila saya hidap sa­kit jantung dan dua kali di­serang strok, kehidupan saya terumbang-ambing.

“Saya ambil keputusan balik ke Melaka untuk cuba cari pekerjaan dan perbaiki kehidupan dalam keadaan kesihatan sedikit terjejas,” katanya.

Tambah Ross, beliau berhijrah ke Melaka sejak sebulan lalu dan masih berhasrat untuk kembali mencipta lagu seperti zaman kegemilangannya.

Antara kejayaan yang pernah diraih Ross adalah melalui lagu Semalam Ku Tolak Ke Tepi nyanyian Liza Aziz yang memenangi Festival Lagu Dunia Golden Kita, Kesatuan Penyiaran Asia (ABU) dan Anugerah Industri Muzik (AIM) untuk Album Pop Terbaik milik penyanyi Aishah.

“Semangat untuk bangkit semula selepas mengingat kembali kejayaan yang pernah diraih iaitu menerusi lagu Ceritera Cinta nyanyian Jaclyn Victor yang menang Vokal Terbaik Juara Lagu (AJL) Ke-22 pada 2008,” katanya.

Menyusuli laporan itu disiarkan pada Rabu, Utusan Malaysia melaporkan Ross mendapat perhatian seorang pengusaha restoran di Jalan Hang Tuah di Melaka.

Menurut Ross, beliau ditawarkan bukan sahaja bermain muzik setiap malam di restoran itu malah pemiliknya turut menyediakan bilik untuk didiami tanpa perlu membayar sewa.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg