Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Kongsi rezeki bakar semangat pelakon Zara Zya

Tekad bantu golongan memerlukan sentiasa jadi sandaran meniaga, berseni
Apr 17, 2023 | 05:30 AM



SETIAP kali memulakan perniagaan baru atau memperkenal produk baru untuk dijual, pelakon, penyanyi dan usahawan seberang Tambak, Zara Zya, akan memikirkan cara untuknya berkongsi rezeki dengan golongan memerlukan.



Apabila memulakan perniagaan kek pisang 'sendirian berhad' tanpa bantuan sesiapa sewaktu tempoh pandemik, Zara atau nama sebenarnya Zainurul Razia Mohd Zainuddin, 37 tahun, bersyukur dapat meringankan bebanan ibu tunggal yang menjadi ejen kek pisang tersebut.



Perkara sebeginilah yang memberi pelakon drama 'meletup' Love You Mr Arrogant dan Tuan Anas Mikael semangat untuk meneruskan usahaniaga dan kerjaya seninya yang membawanya dikenali ramai di Nusantara ini.



Ini dikongsi Zara dalam pertemuan bersama Berita Harian di Pusat Persidangan dan Pameran Suntec Singapore sempena pesta dagangan CelebFest baru-baru ini.



Ikuti wawancara bersama dengannya.



Soalan (S): Sewaktu pandemik, apa yang Zara raih sebagai pengajaran atau hikmah di sebalik wabak pada kehidupan sebagai anak seni?



Zara: Saya jenis yang tak boleh duduk diam. Semasa pandemik, saya buat kek pisang dengan harapan bukan sahaja ia boleh membantu saya mencari rezeki tetapi menolong ibu tunggal yang tidak bekerja untuk menjadi ejen kek pisang ini.



Saya tahu di luar sana ada yang payah bayar yuran sekolah anak, lunaskan bil air, elektrik dan rumah serta dihimpit banyak masalah kewangan lain.



Dengan usaha ini, sedikit sebanyak saya dapat membantu. Cuma masalah dengan jualan kek pisang, ada tarikh luputnya selama tiga hari di mana kek ini boleh dimakan. Selepas saya kembali sibuk menjalani penggambaran, saya sudah tidak dapat buat lagi perniagaan ini.



Malahan, apabila sibuk juga nak bikin itu yang terjadinya kejadian di mana kek pisang jadi masin sebab tersilap bubuh garam pada adunan!



Memang sibuknya semacam dan permintaan masih ada buat kek pisang ini. Saya tak dapatlah nak cuti macam orang lain sebab kerja seni berterusan seiringan dengan perniagaan. Yang menjadi halangan, saya tak sempat nak meneruskan perniagaan kek pisang ini.



S: Apa perancangan Zara dari segi restoran yang dibuka sewaktu pandemik dan kemudian dihentikan?



Zara: Saya akan buka lagi kedai sebab memang saya juga meniaga sambal, dibantu mama saya dan dua anak buah saya. Menu makanan baru sedang dirancang. Buat masa ini, masih dalam proses rundingan bila nak dibuka kedai ini.



Apa yang pasti apabila saya buka apa jua perniagaan, saya gembira dan bertuah kerana bukan sahaja dapat bantu diri sendiri cari rezeki tetapi dapat bantu ramai yang memerlukan.



S: Bagaimana kerjaya seni Zara?



Zara: Saya bawa watak Ijah Bekeng yang berbual dalam loghat Kelantan dalam drama komedi seram Misteri Flat Kirana.



Orangnya garang dan asyik nak marah sahaja. Cuma saya sukalah sebab dapat gunakan dialek Kelantan dalam drama ini.



Bertuah juga dapat berlakon dengan pelawak atau pelakon komedi 'otai' seperti Abang Ropie, Acong Sweetchild dan Rahmad Mega.



Mereka ni macam-macam idea lawak spontan walaupun di luar set nampak serius.



Saya juga berlakon dalam drama sedih Segenap Takdir yang menggandingkan saya buat julung-julung kalinya dengan pelakon baru, Siti Khadijah dan Niezam Zaidi.



Watak saya sebagai Nadira, wanita yang sudah bertunang tetapi kemudian dilanda kemalangan hingga koma. Tunangnya Azlan terpaksa berkahwin dengan Haryani, watak yang dibawa Siti Khadijah.



Haryani adalah watak antagonis yang lama-kelamaan insaf. Konflik timbul apabila dia mengganggu hubungan Nadira dan Azlan. Tapi Nadira berkahwin juga dengan Azlan sesudah itu sebagai isteri kedua. Ada banyak babak merobek tangkai hati.



S: Mana lebih seronok - watak kelakar atau sedih?



Zara: Sebenarnya, watak sedih memenatkan sebab ia memerlukan kita bermain dengan emosi. Kita datang set tak boleh dalam keadaan terlalu gembira sebab takut 'mood' sedih lari.



Kalau main watak kelakar pula, kita tidak perlu 'control' cantik. Kita jadi diri kita sendiri. Saya seronok bawa watak komedi khususnya bila digandingkan dengan 'otai' yang selamba macam Abang Ropie. Ada sahaja 'punchline' yang beri kita tenaga untuk buat lawak sebagai respons.



S: Bagaimana dengan projek nyanyian?



Zara: Saya akan keluarkan 'single' duet selepas Hari Raya. Dengan siapa, kena tunggu. Klip video semua dah siap. Nak keluarkan sekarang macam tak sesuai sebab musim Raya.



S: Bagaimana Zara lihat kuasa TikTok?



Zara: Luar biasa dari segi perniagaan. Saya baru belajar pasarkan sambal di TikTok. Dalam masa seminggu, 100 hingga 200 botol terjual. Alhamdulillah, cuma rumah saya dah tak tahu jadi apa! Kena tunggu kedai siap dan berpindah ke sana.



Penat memang penat tetapi tak sangka permintaan datang bertali arus.



S: Apabila peminat teruja menonton klip video Instagram kononnya Zara nak kahwin baru-baru ini tetapi sebenarnya hanya promosi pemasaran, apa perasaan Zara?



Zara: Saya bersyukur ramai yang sayangkan saya. Tak sangka kandungan sebegitu boleh buat mereka ingat betul-betul saya nak kahwin.



Apa-apa pun, saya hargai keprihatinan peminat dan rasa ingin tahu mereka. Saya harap sokongan dan doa ini berterusan dan melimpah pula untuk kerja seni dan produk baru saya.



S: Apa pesan Zara buat anak seni di luar sana yang masih bergelut untuk ketengahkan diri mereka?



Zara: Saya pernah lalui tempoh sebegitu. Saya pesan kepada anak seni di luar sana yang menghadapi masalah serupa agar jadi diri mereka sendiri.



Apa yang datang dalam bentuk gosip media, jangan jawab. Betul atau tidak, kita diamkan sahaja. Saya lihat sekarang ramai artis yang suka menjawab balas komen warganet tentang gosip melibatkan diri mereka. Ia jadi tak berkesudahan.



Tak cukup juga setakat hafal naskhah drama dan masuk set tanpa pengetahuan mendalam apa yang diperlukan untuk bawa watak itu.



Saya sendiri masih belajar, tengok YouTube dan tinjau drama orang lain dan lihat cara mereka berlakon. Kita perlu kreatif dan teroka serta gali lebih banyak ilmu seni.



S: Kenangan tahun lalu apabila Hari Raya tiba-tiba diumumkan jatuh keesokan harinya di Malaysia. Bagaimana?



Zara: Alhamdulillah, saya jenis yang suka siap awal. Saya beritahu mama saya, kita masak malam ini juga... jangan tunggu esok nak Raya. Barang-barang dah beli. Apabila pengisytiharan Hari Raya ditentukan, kita gembira sebab semua dah beres. Jam 12 tengah malam dah tidur bila orang lain mungkin masih sibuk di dapur.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >