Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Konsert Coldplay di S’pura bikin warga Indonesia terbuai

Jan 30, 2024 | 05:30 PM



Alangkah indahnya dapat meluangkan waktu bersama orang tersayang hingga ke lanjut usia.

Lebih romantis lagi, apabila dapat bercuti ke luar negara dan menikmati konsert sambil menyanyikan lagu-lagu cinta bersama-sama.

Itulah yang dipaparkan pasangan pertengahan usia dari Indonesia yang kelihatan menyanyikan lagu popular kumpulan dari Britain, Coldplay, bertajuk Yellow sewaktu kumpulan itu membuat persembahan di Stadium Negara, Singapura pada 23 Januari.


Lampiran pos itu menarik jutaan penonton di TikTok.

Bahkan, ramai warganet menyatakan mereka mahu meniti usia senja seperti pasangan itu yang disifatkan sebagai suami isteri misali.







Video 51 saat itu dimuat naik pengguna @koce226.

Ia telah menarik lebih 4.1 juta tontonan sehingga rencana ini ditulis dan dimuat naik sejak 24 Januari, sehari selepas persembahan pertama daripada enam pementasan konsert itu ‘habis dijual’ di OCBC Arena.

video itu menunjukkan pasangan itu mengambil swafoto bersama, atau ‘wefie’, sementara si isteri kelihatan menyanyikan lirik lagu tersebut yang dianggap peminat sebagai lagu kesetiaan dan ketabahan demi cinta.

Video itu dirakam di kawasan berdiri, berdekatan dengan pentas.

Penonton di keliling mereka kelihatan mengikut irama lagu itu dengan menyanyi dan menari sambil memakai gelang lampu LED yang diberi.

Ibukkk, doakan satu hari saya sama jodoh dapat menonton Coldplay dengan berbaring sambil menyanyikan, “You know I love you so” (anda tahu saya cinta sama kamu) ya buk,” kata seorang warganet bernama Neo.


Seorang lagi warganet bernama Ananas Comocus pula berkata:

“Lihat mereka begini buat saya menangis kerana amat terharu. Long last (harap cinta berkekalan lama) selalu ya ibu.”


Berita Harian berjaya mengenal pasti pasangan tersebut sebagai Cik Komang Susyawati, seorang jurubank dan suaminya, Encik Untan Sumirat, yang juga bertugas dalam bidang kewangan dari Jakarta, Indonesia.


Kededuanya berusia 53 tahun, telah berumah tangga sejak 2002 dan mempunyai dua anak berusia 20 dan 19 tahun.

Mereka berada di Singapura antara 23 dengan 26 Januari.

Menurut Cik Komang, yang mengendalikan akaun TikTok tersebut, beliau dan suaminya memang gemar menonton konsert kumpulan terkemuka seperti Bon Jovi, Westlife, Air Supply dan lain-lain lagi.

Awalnya, mereka tidak berjaya mendapatkan tiket konsert Coldplay yang sebelum ini berlangsung di Stadium Gelora Bung Karno, di Jakarta, pada 15 November.

Jadi mereka memutuskan untuk cuba mendapatkan tiket bagi konsert kumpulan itu di Singapura.

“Anak saya bantu menempah tiket untuk saya. Saya cuma bayar sahaja. Kami memang suka hadiri konsert. Salah satunya adalah Coldplay,” ujarnya.

Namun apabila diminta mengulas sambutan terhadap video itu, Cik Komang berkata beliau berasa sedikit malu atas perhatian yang diberi kepadanya di TikTok.

“Saya sebenarnya tidak menjangkakan video kami itu jadi tular, bahkan jarang sekali saya pos di TikTok.

“Kami pun bukan pasangan ideal sebagaimana disiarkan. Sama seperti rumah tangga lain, pasti ada pasang surutnya,” kata beliau lagi.

Coldplay berada di Singapura untuk mempersembahkan enam konsert di Stadium Negara yang mampu menampung 55,000 penonton. Persembahan terakhir berlangsung pada 31 Januari.

Tiket bagi enam sesi konsert pada 23, 24, 26, 27 dan 30 Januari laris dijual.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >