Pemergian penyanyi bersuara lemak merdu, Dame Olivia Newton-John, pada 8 Ogos 2022, pada usia 73 tahun, meninggalkan kesan pada industri hiburan dunia.

Pelantun lagu balada cinta, I Honestly Love You, Hopelessly Devoted To You, If You Love Me dan Have You Never Been Mellow itu, merupakan ikon pop pada 1970-an dan 1980-an yang juga menjayakan beberapa filem muzikal, Grease dan Xanadu.