Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

SELAMAT TINGGAL IKON

Ratapi kehilangan permata seni

Dec 23, 2022 | 05:30 AM



SEPERTI lagu yang menjulang namanya di persada seni Terlalu Istimewa, penyanyi, pengacara dan pelakon Allahyarhamha Adibah Noor merupakan insan yang dianggap cukup bermakna buat rakan-rakan seninya.



Dalam satu wawancara Berita Harian (BH) bersama vokalis kumpulan Masdo, Ali Sariah, 30 tahun, menjelaskan nama besar dalam industri hiburan Malaysia itu mudah diajak berbincang, baik hati dan prihatin terhadap keperluan rakan lain.



"Saya ingat semasa saya ditawarkan untuk menyanyi bersama beliau lagu Datuk M. Nasir, Tanya Sama Itu Hud Hud di pentas Gegar Vaganza 8 (GV8), saya rasa kecil berada di pentas yang sama dengan Kak Adibah.



"Tapi selepas bersembang dan berbincang, orangnya santai dan memang banyak idea. Yang buat saya terharu, selepas persembahan, beliau berikan sebahagian daripada pendapatan yang beliau perolehi daripada episod GV8 itu untuk saya.



"Saya dah dapat bahagian saya dari Astro tetapi Kak Adibah tambah lagi. Memang beliau terlalu istimewa dan akan dikenang sampai bila-bila," jelas Ali.



Adibah meninggal dunia pada usia 51 tahun secara mengejut pada 18 Jun lalu kerana barah ovari tahap empat.



Beliau antara sebilangan ikon dunia hiburan yang meninggalkan peminat seni pada 2022.



Pelakon filem Sepet, Gubra dan Talentime itu masih gigih bertanding dalam GV8 malah mendapat tempat keempat dalam peraduan itu meskipun keadaan kesihatannya yang merudum sudah dirasakan tetapi dirahsiakan.



Penyanyi Suki Low, 32 tahun, berkata Adibah menyatukan peserta peraduan itu dan yang menginspirasikan usahasama sebuah lagu Hari Raya, Suasana Di Hari Raya (Famili Kita) sebagai projek terakhir mereka bersama.



TINGGALKAN 'WIDURI' SEBAGAI KHAZANAH



Hampir sebulan selepas pemergian Adibah, dunia hiburan kehilangan pula sebutir permata kelahiran Surabaya, Indonesia, Bobby William Tutupoly, atau mesra dengan panggilan Bob Tutupoly.



Pada usia 82 tahun, Bob pergi buat selama-lamanya selepas menghidap komplikasi beberapa penyakit.



Penyanyi lagu malar segar Widuri, Lidah Tak Bertulang, Kerinduan, Tiada Maaf Bagimu dan Tinggi Gunung Seribu Janji itu mula menyanyi secara profesional pada 1965 dalam kumpulan Pattie Bersaudara.



Dikenang sebagai penyanyi veteran yang banyak terlibat dalam kerja kemasyarakatan untuk berasa tenang dan bahagia dalam hidup, Bob dalam wawancara bersama BH pada 2013 berkata:



"Apabila kita memberi walau sedikit mana pun, ia bererti bagi orang lain. Mereka bahagia, kita pun senang hati."



WIRA BUAT PELAKON KULIT HITAM DI HOLLYWOOD



Siapa yang mampu melupakan watak guru penyayang dan prihatin, Mr Mark Thackeray, dalam filem terbitan 1967, To Sir, with Love?



Itulah watak yang sinonim dengan pelakon kelahiran Miami, Sidney Poitier.



Pada 6 Januari lalu, Poitier dilanda serangan jantung yang meragut nyawanya pada usia 94 tahun.



Beliau merupakan pelakon kulit hitam pertama yang dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik pada Anugerah Academy bagi filem Lilies of the Field pada 1963.



Poitier mencetus inspirasi buat ramai penggiat seni kulit hitam yang bergelut dengan masalah ketidakadilan kaum dalam pekerjaan.



Personaliti televisyen Oprah Winfrey bahkan sebak ketika mengusahakan dokumentari tentang Poitier dan menyifatkan tiada idola yang memiliki jalan hidup membuka mata sepertinya.



KEHILANGAN SUARA BULUH PERINDU



Pemergian Dame Olivia Newton-John, bintang yang dikenali kerana penampilannya sebagai Sandy, watak utama dalam filem muzikal ikonik Grease juga mencetus kesedihan peminatnya serata dunia.



Pada usia 73 tahun, Newton-John tewas dalam perjuangannya menentang barah buah dada pada 8 Ogos lalu.



Pada Anugerah Muzik Amerika bulan lalu, penyanyi Pink memberi sanjungannya kepada Newton-John dengan menyanyikan lagu mendiang, Hopelessly Devoted To You.



Lagu 'hit' di serata dunia itu dipetik daripada filem Grease dan sudah distrim lebih 193 juta kali di Spotify.



Ia merupakan lagu kedua mendiang yang paling kerap distrim selepas You're The One That I Want (distrim sebanyak 414 juta kali).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >