Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Konsert percuma Lady Gaga di Brazil pada 2025?

Dec 16, 2024 | 5:30 AM
Bintang Amerika Syarikat, Lady Gaga, dikatakan akan mengadakan konsert percuma di Pantai Copacabana sekitar Rio de Janeiro, Brazil, pada 3 Mei 2025 sebagai sebahagian program penggalak pelancongan, ‘Celebration May’.
Bintang Amerika Syarikat, Lady Gaga, dikatakan akan mengadakan konsert percuma di Pantai Copacabana sekitar Rio de Janeiro, Brazil, pada 3 Mei 2025 sebagai sebahagian program penggalak pelancongan, ‘Celebration May’. - Foto AFP

Bayangkan jika anda dapat menghadiri konsert percuma bintang pop kelahiran Manhattan, New York, Lady Gaga, yang dikatakan bakal diadakan di Pantai Copacabana di Rio de Janeiro, Brazil, pada Mei 2025.

Menurut agensi berita Reuters, dua sumber yang dipercayai telah mendedahkan perancangan konsert itu yang dijangka menarik ribuan peminat penyanyi dan penggubah lagu yang mempopularkan lagu Bad Romance dan Poker Face.

Langkah mengadakan konsert percuma itu juga merupakan sebahagian usaha Rio de Janeiro melaksanakan program bagi perayaan sepanjang Mei yang diumumkan Datuk Bandar kota itu, Encik Eduardo Paes.

Acara yang dipanggil Celebration May itu menampilkan bintang antarabangsa yang akan membuat persembahan percuma dalam usaha pihak berkuasa mempertingkat ekonomi setempat di Brazil.

Bagaimanapun, Universal Music, selaku label rakaman Lady Gaga, atau nama sebenarnya, Stefani Joanne Angelina Germanotta, 38 tahun, belum lagi memberi sebarang respons pada perkara tersebut.

Begitu juga dengan wakil pengurusan penyanyi itu.

Sebelum ini, pada Mei 2024, diva yang dikenali kerana lagu-lagunya yang mengikut permintaan sezaman, Madonna, meraih kejayaan mengadakan konsert percuma di Pantai Copacabana.

Pelantun lagu Like A Prayer dan Vogue itu menarik sekitar 1.6 juta penonton.

“Saya yakin Lady Gaga akan membuat persembahan pada 3 Mei 2025,” jelas salah satu sumber yang enggan namanya disiarkan memandangkan pengumuman rasmi belum lagi dibuat penganjur.

Sumber kedua pula mengesahkan konsert itu akan menampilkan Lady Gaga, dengan band rok Ireland, U2, juga disebut-sebut dan sedang dipertimbangkan penganjur.

Sementara itu, Encik Paes menjelaskan bahawa perjanjian awal membawa seorang bintang pop antarabangsa bagi konsert di Pantai Copacabana itu akan diteruskan meskipun beliau tidak dapat mendedahkan siapa artis berkenaan.

Bagi konsert Madonna, pemerintah Brazil bergantung pada sumbangan wang penaja tetapi turut menggunakan dana awam.

Konsert itu membawa pulangan 300 juta real ($66.5 juta), melebihi pelaburan penganjur sebanyak 10 juta real.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg