Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Konsert Siti: Tidak ditunda di M’sia, bawa ke S’pura pada 29 Jun

Jan 20, 2024 | 05:30 AM



Ada permintaan warganet mahupun asatizah agar penyanyi tersohor Malaysia, Datuk Seri Siti Nurhaliza menunda Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza yang dijadualkan berlangsung pada 9 Mac depan kerana ia berhampiran dengan bulan puasa yang dijadualkan bermula pada 12 Mac.


Namun, Siti, 45 tahun, menjelaskan keputusan telah dibuat bagi meneruskan konsert anjuran Yayasan Nurjiwa itu disebabkan acara itu lebih kepada berbentuk amal, bukannya berasaskan keuntungan semata-mata.

“Izinkan kami untuk sekali lagi menjelaskan Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza bukan dianjurkan atas kepentingan perniagaan dan keuntungan.


“Yayasan Nurjiwa ialah badan amal yang ditubuhkan sejak 2006.

“Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza sering menyebut tujuan Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza adalah untuk mengutip dana bagi menampung lima kluster iaitu Kebajikan, Kemanusiaan, Keagamaaan, Pendidikan dan Bantuan Khas Palestin.


“Kesemua kluster berkenaan menjadi keutamaan Yayasan Nurjiwa dan bagi meneruskan kerja kebajikan ini, ia memerlukan dana mencukupi.

“Segala hasil kutipan tiket daripada pementasan Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza akan disalurkan ke lima kluster berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan bersama suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa yang juga pengasas Yayasan Nurjiwa.


Siti mengulas laporan media berhubung gesaan Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Wan Salim Wan Mohd Noor agar menunda konsert solonya itu.

Gesaan itu sebagai menghormati ketibaan bulan mulia, Ramadan.

Siti juga menambah alasan lain menyukarkan pihaknya menangguhkan konsert adalah faktor ketiadaan tarikh ganti yang sesuai.

“Sejak mula diberikan tarikh penganjuran konsert oleh pengurusan Perbadanan Stadium Nasional, Yayasan Nurjiwa dan Siti Nurhaliza sedia maklum tarikh 9 Mac 2024 menghampiri 1 Ramadan.

“Kami di Yayasan Nurjiwa diberitahu oleh pengurusan Perbadanan Stadium Nasional bahawa 9 Mac sahaja tarikh kosong yang ada untuk sepanjang 2024 yang boleh ditawarkan.

“Untuk pengetahuan semua, kami sudah mula membuat tempahan dengan Perbadanan Stadium Nasional sejak awal 2023 lagi, namun tarikh yang sepatutnya tidak dapat dilaksanakan.

“Kami mohon penangguhan dengan mendapatkan tarikh baru,” jelas penyanyi lagu Romansa Kita ini.


Bagaimanapun, penyandang trofi Anugerah Seri Perak Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 2012 itu menghormati pandangan mufti dan mengucapkan terima kasih atas keprihatinan diberikan.


“Yayasan Nurjiwa secara khususnya dengan penuh keinsafan dan berlapang dada menerima gesaan dan teguran beliau (mufti).

“Keprihatinan dan pandangan beliau amat kami hormati dan hargai. Terima kasih,” ungkap Siti.

Siti mengumumkan secara rasmi penganjuran Konsert Sebuah Epitome: Saya Siti Nurhaliza di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 8 Januari lalu.


Peminat di Singapura pula tak perlu khuatir sebab Siti akan datang ke Singapura bagi konsert anjuran Sah Entertainment yang diterajui penyanyi Sufi Rashid, yang juga juara Akademi Fantasia 2015.


Butiran prajualan tiket konsert di Sistic boleh didapati di Instagram Sah Entertainment tidak lama lagi. Konsert bakal diadakan di Teater The Star pada 29 Jun ini. Buat Sitizoners (peminat tegar Siti) di Singapura, pastikan anda tidak keluar bercuti ke luar negara pada tarikh yang diumumkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >