Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Mahalini ‘pressure’ tapi teruja jika cipta lagu Tok Ti

Jan 18, 2024 | 1:42 PM
MAHALINI: Anggap Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai idolanya sejak kecil dan berbesar hati jika dapat mencipta lagu buat bintang kegemarannya itu.
MAHALINI: Anggap Datuk Seri Siti Nurhaliza sebagai idolanya sejak kecil dan berbesar hati jika dapat mencipta lagu buat bintang kegemarannya itu. - Foto INSTAGRAM MAHALINI

Walaupun sudah mencatat kejayaan dan mempunyai pengikutnya sendiri, penyanyi dan penulis lirik muda Indonesia, Mahalini, 23 tahun, masih ada impian yang diharap dapat dikotakan.

Beliau yang nama sebenarnya, Ni Luh Ketut Mahalini Ayu Raharja, memberitahu laman Utusan Malaysia, dirinya berbesar hati kalau dapat hasilkan lagu istimewa buat Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Menurut Mahalini yang mencetus fenomena menerusi lagu berjudul Sial, Siti merupakan idolanya dalam bidang nyanyian dan tentunya berasa bangga sekiranya hasratnya itu menjadi kenyataan.

“Datuk Siti sangat fenomena di Indonesia. Bahkan sebelum saya menjadi seorang Mahalini seperti hari ini, namanya sudah kedengaran di mana-mana.

“Sebelum ini pun saya pernah menyanyikan lagunya di televisyen. Kalau ingin tuliskan lagu untuknya, alamak pressure,” katanya berseloroh.

Mahalini berkata demikian ketika ditemui pada sidang media Lovecheastra Mahalini Live In Kuala Lumpur pada 13 Januari lalu.

Selain itu, tunang kepada penyanyi Rizky Febian itu bagaimanapun sempat berasa ragu sama ada penyanyi ‘Nombor Satu Malaysia’ itu mahu menerima karya yang dihasilkannya.

“Saya semestinya mahu dan terbuka menghasilkan lagu untuknya. Tapi Datuk Siti mahu dan sudikah menerima lagu saya?” katanya.

Yalah, siapa yang tak seronok kalau boleh cipta lagu Tok Ti yang hingga ke hari ini memiliki aura luar biasa sebagai anak seni yang berhemah dan memiliki kelas tersendiri?

Sementara itu, Mahalini bakal tampil untuk konsert keduanya di Malaysia pada 3 Februari nanti dengan iringan 20 pemain orkestra Malaysia.

“Aura bernyanyi di Indonesia dan Malaysia sangat berbeza. Saya ingatkan kalau buat persembahan di Malaysia orang-orangnya akan senyap.

“Tapi ternyata ramai yang sudah bersorak bahkan sebelum saya muncul di pentas. Malaysia adalah destinasi konsert yang luar biasa,” tambahnya.

Mahalini bakal mempersembahkan 17 lagu untuk konsert yang bertempat di Megastar Arena nanti.

Konsert yang bakal berlangsung selama dua jam itu bakal diketuai oleh Ronald Steven, Adrian Kitut, Raymond Aditya dan Dennis Nusi sebagai pengarah muzik.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg