Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:22
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

KRU kembali tular kerana TikTok

Oct 05, 2023 | 02:47 PM



KUALA LUMPUR: Bekas anggota dan penggerak trio KRU, Datuk Norman Abdul Halim, bangga apabila lagu yang didendangkan bersama dua adiknya, Yusry dan Edry, masih segar di bibir peminat biarpun kumpulan pencetus irama pop dan ‘hip-hop’ di Malaysia itu sudah dibubarkan sejak 2018.


Norman yang juga Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KRU Studios berterima kasih kepada aplikasi media sosial seperti TikTok kerana membuatkan lagu KRU seperti, Terhangat Di Pasaran, terus menjadi siulan ramai.


Jelasnya, situasi itu membuat mereka berasa masih relevan dalam industri seni tanah air, biarpun tidak lagi bergerak sebagai satu kumpulan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


“Saya bersyukur kerana masih dilihat relevan di mata peminat. Saya tak sangka, malah berterima kasih kepada teknologi seperti TikTok dan YouTube kerana kalau tidak, kami memang sudah terkubur selepas dibubarkan.

“Dengan platform ini, bukan sahaja lagu KRU, malah lagu kumpulan Elite dan Forteen (yang dinaungi KRU) boleh naik semula. Ini perkembangan yang baik untuk penggiat industri seni dan meremajakan kami daripada segifanbase (pangkalan peminat).


“Kalau tidak kerana ‘fanbase’, kita makin lama makin menjalani proses penuaan, sama macam kami. Kelab peminat pun melalui proses penuaan. Namun, kami ada peminat baharu dan saya fikir ia sesuatu yang positif,” katanya sewaktu ditemui pada sesi tayangan eksklusif filem baharu terbitan KRU Studios berjudul, Geng Sakau VS Hantu Ting Tong di Dadi Cinema, Pavilion Kuala Lumpur, baru-baru ini.


Ditanya hasrat membuat kemunculan semula, Norman mengakui perkara itu agak sukar direalisasikan berikutan masing-masing sibuk dengan komitmen sendiri.

Bagaimanapun, Norman berkata jika diundang untuk membuat persembahan sama ada secara berkumpulan atau solo, ia mungkin boleh dipertimbangkan.

“Untuk buat kemunculan semula secara bertiga agak sukar kerana komitmen masing-masing. Rasanya susah dan buat masa ini tiada perancangan lagi. Saya tahu banyak permintaan.

“Lagu KRU ‘trending’ di mana-mana platform, terutama media sosial. Saya tahu, saya nampak dan hargai mereka yang masih sokong KRU walaupun dalam tidak sedar, KRU sudah dibubarkan sejak lima tahun lalu.


“Tetapi orang masih hendak dengar lagu dan saya rasa itu suatu penghargaan besar diberikan penyokong KRU,” katanya.

Pada 18 April 2018, Norman mengumumkan pembubaran kumpulan trio terkenal tanah air era 1990-an itu menerusi sidang media.

Menurutnya, kumpulan itu secara rasmi dibubarkan selepas Konsert Gergasi KRU 25 iaitu konsert sempena ulang tahun ke-25 di Istana Budaya, Kuala Lumpur, selama tiga hari mulai 4 Mei 2018.


Dalam perkembangan lain, Norman memaklumkan, filem Geng Sakau vs Hantu Ting Tong yang diterbitkan Astro Shaw & KRU Studios akan disiarkan menerusi Astro First bermula esok.


Filem komedi seram arahan Waan Hafiz itu menampilkan barisan pelakon popular seperti Bell Ngasri, Shashic Lewan, James Arokisamy, Nabila Razali, Aziz M Osman, Chew Kin Wah dan Chelsea Ng.

KRU diasaskan pada 1992 lalu berkembang menjadi empayar muzik dan filem melalui penubuhan KRU Records dan KRU Studios.

Pada 2000, KRU menubuhkan kumpulan muzik maya dikenali sebagai Tyco iaitu versi animasi tiga beradik itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >