Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Kunjungi pameran keharmonian kaum, permainan Asia bersama keluarga

Aug 7, 2025 | 5:30 AM
pameran let’s play the art and design of asian games, Muzium Tamadun Asia
Pameran, ‘Let’s Play! The Art and Design of Asian Games’, mengajak pengunjung memahami bagaimana permainan terus memberi ilham, dan menghubungkan orang ramai merentasi masa dan tempat. - Foto ACM

Pameran permainan Asia

Pameran akan datang di Muzium Tamadun Asia (ACM), Let’s Play! The Art and Design of Asian Games, mengajak pengunjung meneroka sejarah permainan merentas rantau Asia, serta peranan permainan dalam membentuk budaya, identiti dan masyarakat.

Permainan adalah antara pengalaman paling lama yang dikongsi manusia.

Ia sumber kegembiraan, cabaran dan hubungan selama beribu-ribu tahun.

Di Asia, permainan telah berkembang dalam cara yang sangat pelbagai, daripada rentak congkak dan mahjong yang pantas dan bertenaga kepada strategi permainan, Go dan catur.

Pameran itu meneroka peranan permainan dalam menghibur dan mendidik, mencerminkan kuasa dan status, serta bertindak sebagai metafora dalam kehidupan.

Ada permainan yang telah merantau secara meluas, mengambil bentuk dan makna baru merentasi sempadan.

Ada pula permainan yang menjadi alat latihan mental atau luahan cita-cita artistik.

Banyak permainan yang dipamerkan dalam pameran itu turut merupakan hasil keindahan dan ketukangan luar biasa.

Sambil meneroka pameran, pengunjung berpeluang memahami bagaimana permainan terus memberi ilham, berkembang dan menghubungkan orang ramai merentasi masa dan tempat.

Pameran itu menggabungkan ciri interaktif yang boleh dimainkan, pemasangan di ruang luar, kerjasama dengan sekolah dan persatuan permainan tempatan, serta barisan program dan ceramah yang pelbagai.

Pameran, Let’s Play! The Art and Design of Asian Games, berlangsung dari 5 September hingga 7 Jun 2026.

Ia dibuka setiap hari dari 10 pagi hingga 7 malam, kecuali Jumaat dari 10 pagi hingga 9 malam.

Tiket masuk berharga $12 untuk warga Singapura dan Penduduk Tetap.

Buku bergambar percuma bantu kanak-kanak fahami barah

Buku bergambar, ‘The Adventure Jar’, mengajak pembaca mengikuti pengalaman sebuah keluarga mengharungi barah buah dada peringkat lanjut daripada kaca mata kanak-kanak bernama Cassie.
Buku bergambar, ‘The Adventure Jar’, mengajak pembaca mengikuti pengalaman sebuah keluarga mengharungi barah buah dada peringkat lanjut daripada kaca mata kanak-kanak bernama Cassie. - Foto BCF

Tidak mudah menerangkan keadaan perubatan serius yang dialami anggota keluarga kepada kanak-kanak.

Justeru buku bergambar, The Adventure Jar, bertujuan mencetus perbualan penuh kasih sayang dan membantu kanak-kanak berasa selamat.

Ia mengajak pembaca mengikuti pengalaman sebuah keluarga mengharungi barah buah dada peringkat lanjut melalui kaca mata kanak-kanak bernama Cassie.

Walaupun terdapat gangguan dan ketidakpastian disebabkan oleh penyakit ibunya, kanak-kanak itu belajar memberi tumpuan kepada kebaikan dalam hidup.

Diterbitkan pada Ogos 2024, buku itu merupakan kerjasama lapan pesakit barah buah dada, pakar psikiatri dan syarikat biofarmaseutikal, Gilead Sciences, di Amerika Syarikat.

Buku itu boleh dimuat turun secara percuma dalam bahasa Inggeris di laman web, Yayasan Barah Buah Dada (BCF) di Singapura.

Ia sesuai dibaca kanak-kanak berusia enam hingga 12 tahun.

Satu tinjauan baru-baru ini yang dijalankan BCF dengan kerjasama Gilead Sciences melibatkan 93 pesakit barah dan bekas pesakit, mendapati 85 peratus berasa anak-anak mereka tidak memahami tentang penyakit mereka.

Ini menyerlahkan jurang membimbangkan yang boleh menjejas kesihatan emosi kanak-kanak.

Melalui buku seperti, The Adventure Jar, BCF menyasarkan untuk memastikan keluarga berasa disokong dan terhubung, walaupun semasa tempoh kehidupan yang paling sukar.

Badan bukan mencari untung (NPO) itu akan mengedarkan buku tersebut dalam versi kulit keras ke perpustakaan awam, klinik buah dada terpilih dan pertubuhan jagaan kesihatan.

Pameran papar keharmonian kaum melalui seni

Merlion, simbol negara, dibayangkan semula sebagai kanvas bercerita dengan setiap patung memaparkan renungan peribadi kanak-kanak tentang keharmonian kaum.
Merlion, simbol negara, dibayangkan semula sebagai kanvas bercerita dengan setiap patung memaparkan renungan peribadi kanak-kanak tentang keharmonian kaum. - Foto MUZIUM MAINAN MINT

Sempena ulang tahun ke-60 Singapura (SG60), Muzium Mainan Mint mempersembahkan pameran ‘Merlion Chronicles: 25 Artists | 25 Stories about Racial Harmony in Singapore’ (Riwayat Merlion: 25 Artis l 25 Kisah tentang Keharmonian Kaum di Singapura).

Pameran istimewa itu menampilkan 25 patung Merlion Sofubi, yang setiap satu dilukis unik oleh artis cilik tempatan.

Merlion, simbol negara, dibayangkan semula sebagai kanvas bercerita dengan setiap patung memaparkan renungan peribadi kanak-kanak tentang keharmonian kaum, diilhamkan daripada pengalaman seharian mereka dalam masyarakat berbilang budaya.

Ia turut merakam semangat cerita-cerita itu yang merupakan luahan daripada hati tentang persahabatan, keterangkuman dan identiti melalui seni.

Pameran itu berlangsung hingga 31 Disember 2025 di Tingkat 1, The Public Gallery.

Masuk percuma.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg