Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lagu ‘Criminal’ Britney ‘meletup’ semula selepas Justin Timberlake ditahan

Jun 24, 2024 | 6:20 PM
Justin Timberlake ditahan dan didakwa memandu dalam keadaan mabuk pada 19 Jun selepas gagal mematuhi papan tanda berhenti di Hampton, New York.
Justin Timberlake ditahan dan didakwa memandu dalam keadaan mabuk pada 19 Jun selepas gagal mematuhi papan tanda berhenti di Hampton, New York. - Foto AFP

Gara-gara penahanan penyanyi Justin Timberlake ekoran memandu dalam keadaan mabuk, lagu bekas kekasihnya Britney Spears yang berjudul Criminal melonjak ke tangga pertama dalam carta iTunes di Mexico dan carta 10 lagu paling popular di aplikasi yang sama di Brazil.

Bahkan lagu yang diterbitkan sekitar 13 tahun lalu itu kembali didengar ramai dengan kedudukan kukuh di tangga ke-68 dalam carta iTunes secara keseluruhan.

Lagu daripada album ketujuh Spears, Femme Fatal ‘naik’ mendadak hanya beberapa jam selepas berita penahanan Timberlake tersebar pada 19 Jun lalu.

Spears berkongsi sebuah hantaran di Instagram seolah-olah meraikan perkara menakjubkan itu.

Timberlake telah ditahan dan didakwa memandu dalam keadaan mabuk selepas gagal mematuhi papan tanda berhenti serta dua kali melencong dari lorong di kawasan tepi pantai mewah, Hampton di New York.

Penyanyi pop berusia 43 tahun itu dihadapkan ke Mahkamah Sag Harbour, namun dibebaskan dan perlu hadir bagi sebutan semula kes pada 26 Julai.

Ketika diperiksa, Timberlake dilaporkan tidak dapat memberi tumpuan, gagal bertutur dengan jelas dan nafasnya berbau alkohol.

Suami kepada pelakon, Jessica Biel itu juga didakwa enggan melakukan ujian pernafasan bagi mengesan tahap alkohol.

Selepas ditangkap, Timberlake telah melakukan pertunjukan pertamanya pada 20 Jun dan memberitahu orang ramai bahawa ia adalah “minggu yang sukar” buatnya.

Bintang Amerika itu kini sedang menjayakan siri konsert Jelajah Dunia ‘The Forget Tomorrow’ dan telah mengadakan persembahan di Chicago.

Beliau memberitahu orang ramai yang menjerit: “Kami telah bersama melalui pasang surut, kiri dan kanan.

“Ia adalah minggu yang sukar, tetapi anda di sini dan saya di sini dan tiada apa yang boleh mengubah masa ini sekarang.”

Penyanyi itu kelihatan beremosi sambil menambah:

“Saya tahu kadang-kadang saya sukar untuk dicintai tetapi awak terus mencintai saya dan saya menyayangi awak kembali.” – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg