Empat belas pemandu berusia antara 27 dan 62 tahun, termasuk seorang lelaki yang mengulangi kesalahan, menghadapi tuduhan memandu dalam keadaan mabuk, kata polis dalam satu kenyataan pada 19 Jun.
Para pemandu tersebut, yang akan hadir di mahkamah pada 20 Jun, telah ditahan antara Januari dan Mei kerana mereka gagal ujian alat pernafasan semasa pemeriksaan rutin polis.
Lelaki yang disabitkan kesalahan sebelum ini ditahan dalam satu operasi polis pada 17 Januari dan dia didapati memandu di bawah pengaruh alkohol.
Jika didapati bersalah, lelaki berusia 62 tahun itu akan menerima hukuman penjara mandatori, setelah pernah disabitkan kesalahan yang sama pada 2013.
Pesalah kali pertama yang disabitkan memandu dalam keadaan mabuk boleh dipenjarakan sehingga setahun dan didenda sehingga $10,000, manakala pesalah berulang boleh dipenjarakan sehingga dua tahun dan didenda sehingga $20,000.
Selain itu, pesalah juga mungkin kehilangan kelayakan memandu semua kelas kenderaan.
Polis menasihatkan pemandu agar tidak memandu kenderaan jika mereka berhasrat meminum alkohol kerana memandu di bawah pengaruh alkohol adalah berbahaya.
“Sebaliknya, mereka harus memilih pengangkutan alternatif seperti teksi atau kenderaan sewa privet, pengangkutan awam, mendapatkan khidmat valet atau mendapatkan seorang teman atau anggota keluarga yang tidak mabuk untuk menghantar mereka pulang,” kata polis.
“
“Mereka (pemandu) harus memilih pengangkutan alternatif seperti teksi atau kenderaan sewa privet, pengangkutan awam, mendapatkan khidmat valet atau mendapatkan seorang teman atau anggota keluarga yang tidak mabuk untuk menghantar mereka pulang.”Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg