Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lagu ‘kemaruk bercinta’ Beyonce jadi OST enam filem

Dec 18, 2023 | 07:17 PM



Bukan satu atau dua malah enam filem sekali gus menampilkan lagu Beyonce, Crazy In Love.


Filem yang menggunakan lagu itu bagi runut bunyinya (OST) terdiri daripada White Chicks (2004), Taxi (2004), The Great Gatsby (2013), Love, Rosie (2014), Strange Magic (2015) dan Sing (2016).


Ini menunjukkan lagu yang dimuatkan dalam album solo pertama Beyonce, Dangerously In Love ini, benar-benar terkenal dan digemari ramai.


Menurut laman Songfacts, penerbit yang memenangi Anugerah Grammy, Rich Harrison, memainkan semua alat muzik bagi lagu itu termasuk memalu konga.


Beliau turut meneliti segala contoh cebisan daripada lagu lain yang disisipkan dalam irama, Crazy In Love.


Misalnya, bunyian tiupan hon yang jelas dalam lagu itu yang dipetik daripada lagu kumpulan The Chi-lites, Are You My Woman (Tell Me So), yang terkenal pada 1970-an.


“Saya sudah lama menyimpan idea ingin gunakan bunyian hon sebegitu sebelum bertemu Beyonce. Saya takut irama itu tidak kena dengan sesebuah lagu moden hinggalah saya terima panggilan daripada Beyonce.

“Mulanya, beliau ragu-ragu sebab ia kedengaran sangat ‘retro’. Tiada pemuzik abad ke-21 yang menggunakan bunyian hon secara ketara.

“Bagaimanapun, Beyonce akhirnya bersetuju dan meminta penulis lirik lagu itu menghabiskan masa dua jam untuk siapkan lirik.

“Beyonce hilang selama dua jam dan akhirnya lagu ‘meletup’ ini terhasil!” singkap Harrison dalam wawancara MTV News.


Menurut Beyonce pula, lagu itu meraikan evolusi seorang wanita yang mabuk bercinta.

“Wanita ini menyedari dia dalam alam percintaan yang membahagiakan. Justeru, dia buat perkara yang tidak pernah dia bayangkan tetapi dia tidak kisah. Dia memang tak hiraukan apa-apa kerana sudah kemaruk bercinta.

“Selepas Rich Harrison hasilkan lagu itu, saya minta Jay-Z memberikan sentuhan rap-nya. Lagu ini berjaya dihasilkan sebagai single pertama saya,” ujar Beyonce, kini 42 tahun.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >