Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Laluan berbeza 5 juara ‘American Idol’

Feb 12, 2024 | 05:30 AM



Pada 2023, genap musim ke-21 peraduan realiti ikonik, American Idol, yang banyak melahirkan bintang ternama dalam persada seni suara Amerika.


Jika disingkap balik perjalanan seni lima juara pertama (dari musim pertama hingga kelima) American Idol dan apakah yang mereka lakukan hari ini, bagaimana agaknya evolusi kerjaya mereka?


KELLY CLARKSON

Usia: 41 tahun


Pekerjaan sebelum ‘American Idol’: Pelayan di kelab komedi dan pekerja promosi minuman, Red Bull.


Perkembangan kerjaya: Walaupun kehidupan peribadinya banyak pasang surutnya, sebagai juara ‘American Idol’ pertama, Clarkson mencatat kejayaan membanggakan dan menjadi inspirasi ramai.


Beliau menjadi penulis buku kanak-kanak dan mengacara program sembangnya sendiri, The Kelly Clarkson Show.


Ibu tunggal dua anak itu melancarkan albumnya ke-10, Chemistry, berjaya menurunkan berat badannya serta melancarkan stesen radionya, Kelly Clarkson Connection.


Stesen itu menyiarkan lagunya, lagu kegemarannya oleh artis lain dan lagu artis yang menjadi inspirasinya.

RUBEN STUDDARD

Usia: 45 tahun


Pekerjaan sebelum ‘American Idol’: Pemain ragbi dan pemuzik yang berusaha menempa nama dalam industri hiburan.


Beliau awalnya hanya menemani seorang penyanyi latar yang ingin menjalani uji bakat American Idol (Musim Kedua).


Perkembangan kerjaya: Studdard melancarkan album kelapannya pada 27 Oktober 2023, The Way I Remember It.


Beliau berkecimpung dalam bidang lakonan, mengendalikan kelas seni pementasan untuk siswa di Universiti Tennessee dan terlibat dalam beberapa kerja kebajikan untuk menggalak kesedaran tentang pelbagai penyakit berkaitan darah dan kelebihan zat besi dalam badan yang menjejas fungsi organ.

Turut menyertai peraduan realiti menurunkan berat badan, The Biggest Loser.


FANTASIA BARRINO

Usia: 39 tahun


Pekerjaan sebelum ‘American Idol’: Individu yang mencari arah tuju kerana melahirkan anak di luar nikah pada usia 16 tahun.


Perkembangan kerjaya: Melalui pasang surut kerjaya dan pertukaran label rakaman. Ibu tiga anak itu melancarkan album keenamnya, Sketchbook, pada 2019.


Diberi amanah memberi sanjungan buat mendiang Tina Turner pada Anugerah Grammy 2024.

Kerjaya lakonannya menampakkan kemajuan. Watak sebagai Celle dalam filem muzikal, The Color Purple, membawa kepada pencalonan Anugerah Pelakon Wanita Terbaik (Muzikal/Komedi) pada Anugerah Golden Globe dan Anugerah Kesenian Akademi Filem dan Televisyen British (Bafta).


CARRIE UNDERWOOD

Usia: 40 tahun


Pekerjaan sebelum ‘American Idol’: Penyanyi di pelbagai persembahan kampus sambil bertugas sambilan di restoran piza, klinik haiwan dan taman haiwan.


Perkembangan kerjaya: Masih lagi aktif menyanyi walaupun tumpuan lebih diberikan kepada keluarga dan anak-anak.


Lagu Underwood masih lagi distrim di gedung digital dengan angka yang menggalakkan.

Beliau turut melancarkan stesen radio yang memainkan muzik senaman kecergasan selain merupakan penghibur tetap di Las Vegas.

Underwood juga mengikuti band rok, Guns N’ Roses, dalam konsert jelajah mereka.

TAYLOR HICKS

Usia: 47 tahun


Pekerjaan sebelum ‘American Idol’: Pemuzik yang hidup susah sejak usia kecil selepas ibu bapanya berpisah.


Perkembangan kerjaya: Hicks mencuba pelbagai pekerjaan daripada menjadi pengacara rancangan memasak, berlakon pentas muzikal seperti Grease, dan menyertai peraduan permainan video.


Beliau melancarkan single, Porch Swing, pada 20 Februari 2023 dan muncul dalam stesen radio lagu rakyat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >