Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

REVIU GEGAR VAGANZA 8

Langkah Adibah alun irama dikir barat dianggap ‘rosakkan’ lagu Hetty

Warganet sifatkan kreativiti peserta GV8 itu tidak bertempat
Jan 04, 2022 | 05:30 AM



TIADA yang menghalang kreativiti dan kelainan ditebarkan dalam sesebuah persembahan nyanyian di pentas Gegar Vaganza 8 (GV8).



Namun, kalau tidak kena pada tempat dan masanya, ia boleh merosakkan sesebuah lagu dan juga peluang si bintang berada di kedudukan yang baik walaupun sebelum ini prestasinya membanggakan.



Inilah pengajaran penting yang penyanyi mahupun penonton perolehi pada Konsert Minggu Ketujuh GV8 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) kelmarin.



Isu peserta GV8, Adibah Noor, 51 tahun, mengubah habis lagu ikonik juri tetap dari Indonesia, Hetty Koes Endang, Berdiri Bulu Roma Ku, sehingga menjejas kelakonan persembahannya yang menutup tirai konsert kelmarin hangat diperkatakan warganet.



Hetty, 64 tahun, yang mengulas persembahan tersebut kedengarannya amat kecewa apabila lagu tularnya itu diberi sentuhan dikir barat yang dianggap tidak sesuai dan tidak kena gaya, malah tidak selari dengan kekuatan vokal Adibah.



“Saya hargai usaha Adibah ingin berikan kelainan dengan memasukkan unsur budaya dan tradisional pada lagu ini.



“Tapi kalau asas lagu ini sudah bagus, saya rasa ia tak perlu diubah lagi. Saya hargai usaha penggerak dikir barat di pentas ini. Tapi suara Adibah tidak kena dengan lagu yang disampaikan secara berdikir barat,” ujar Hetty.



Ini dipersetujui juri tetap, Datuk Ramli MS, ketika ditemui media seberang dalam sidang media selepas konsert yang disiarkan di YouTube.



“Memang seperti yang Hetty katakan, memang tak kena lagu Berdiri Bulu Roma Ku itu diberi sentuhan dikir barat,” jelas Ramli.



Pengguna Twitter, Nur Adzila memuatnaikkan ciapan ‘tweet’ yang berbunyi:



“Adibah Noor buat kesilapan besar dengan mengubah keseluruhan lagu Berdiri Bulu Roma Ku itu menjadi versi yang lain sama sekali.



“Seperti Bonda Hetty kata, kalau ia kedengaran lebih baik, kita boleh menerimanya. Tentunya ia kedengaran tidak sedap langsung. Ia adalah eksperimen yang gagal dari permulaan lagu lagi. Maaflah.”



Zulfi Zulkifle menambah:



“Saya fikir Adibah mahukan lagu itu memiliki kelainan tetapi macam sudah keterlaluan! Lari daripada lagu asal. Jadi tak sedap.



“Saya sebenarnya menantikan persembahan beliau tetapi ia berakhir dengan kekecewaan. Kalau nakkan kelainan, boleh... tetapi jangan berlebihan! Apa hasilnya? Adibah kini berada di tiga tangga terbawah.”



Ramai yang akur Adibah mungkin ingin mengulangi kreativiti yang ‘menjadi’ sepertimana yang beliau lakukan pada lagu Jika dendangan asal Melly Goeslaw dan Ari Lasso beberapa minggu lalu.



Ketika itu, lagu itu diberikan irama keroncong dengan ia menjadi faktor jaya Adibah yang ditempatkan di tangga pertama pertandingan.



Ada warganet malahan menganggap Adibah yang jatuh di tangga kelapan dengan markah 56.7 peratus tidak menghormati mahakarya nyanyian Hetty itu.



Sebelum ini, Adibah kerap berada di tiga tangga teratas dek kemerduan vokalnya.



Dalam pada itu, penyanyi lagu ‘hit’ Terlalu Istimewa itu meminta maaf di media sosial mengenai persembahannya yang beliau akur teruk.



“Memang teruk, guys. Saya layak menerima markah dan teguran itu. Kita cuba lagi minggu depan,” jelasnya.



Satu lagi isu yang menjadi keprihatinan warganet adalah kedudukan juara One In A Million, Suki Low, 32 tahun, di tangga ketiga, sedangkan beliaulah yang paling berani mencuba genre lain dan lagu ‘berat’ Pop Shuvit, Marabahaya.



Awal daripada itu, Suki menjadi satu-satunya peserta yang diulas kesemua empat pengadil, baik Hetty, Ramli, Datuk Syafinaz Selamat, mahupun juri undangan, Datuk M. Nasir.



Walaupun tersasul dek lagu rok hip hop yang laju dan memerlukannya melontar lirik bak menembak peluru berpandu, Ramli dan Nasir menganggap Suki memberi percubaan terbaik.



Syafinaz pula berkata:



“Suki, saya rasa awak akan malukan sesetengah penyanyi Melayu sebab sebutan awak sangat bagus walaupun ada tersasul sana sini.



“Tapi saya tahu bukan mudah sebab lagu ini berentak laju. Ia susah dan awak perlu bekerja lebih keras untuk lagu ini. Saya perlu beri awak kepujian bagi usaha awak ini.



“Awak pun nampaknya seronok di pentas. Itu yang penting. Saban minggu, bayangkan kami juri semua tak ada sebab apabila awak seronok menghibur, yang terbaik akan keluar daripada persembahan awak.”



Hetty turut kagum dengan sebutan dan lontaran lirik yang jelas daripada Suki.



Cuma apabila beliau diletakkan di tempat ketiga dengan markah 69.7 peratus di belakang Nikki Palikat dan Aliff Aziz, ramai warganet yang tertanya-tanya apakah sebabnya?



“Suki kemungkinan adalah satu-satunya peserta yang sudah diberi lagu daripada semua genre. Mengapa GV8 ni pilih kasih?” tulis Missblegh.



Ada pula yang merasakan sudah sampai masanya markah individu juri ditayangkan kepada umum seperti dalam Big Stage demi ketelusan.



Penulis, secara peribadi dapat rasakan kesungguhan dan kegigihan Suki di dalam persembahannya saban minggu.



Beliau peserta yang ramai tak duga akan menyerlah tetapi memberikan yang terbaik hasil nyala rasanya pada bidang nyanyian sejak kecil.



Berilah lagu irama tradisional Melayu, lagu rok hip hop, lagu dansa atau lagu jaz, semuanya beliau realisasikan seikhlasnya.



Saban minggu, orang nantikan persembahannya yang kreatif dan dinamis serta penuh tenaga.



Mungkin kelebihan Nikki adalah vokal bertenaga dan daya hiburnya yang ada orang kata mengingatkan tentang diva asal Singapura, Anita Sarawak. Pengalamannya menjayakan muzikal banyak membantu.



Aliff yang memberi kejutan dengan kehadiran isterinya, Bella, sebagai penari di pentas pula memiliki jenama dan pakej (kemahiran menyanyi dan berlakon) yang pada masa akan datang boleh dimanfaatkan saluran Astro. Beliau boleh menjayakan drama Astro, menyanyi mahupun mengacara.



Pada penghujung Konsert Minggu Ketujuh GV8 sebelum peringkat suku akhir bermula, Bandi Amuk tersingkir kerana mendapat markah paling rendah iaitu 53.8 peratus. 




  • GV8 disiarkan di Astro Ria (Saluran 608, Singtel TV) setiap Ahad mulai 9 malam.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >