Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Langkah elak aplikasi, rangkaian Wi-Fi diceroboh

Sep 28, 2023 | 05:30 AM



Pencuri lazimnya memecah masuk rumah menerusi pintu atau jendela namun, bagi penjenayah siber, rangkaian Wi-Fi di rumah yang tidak dikawal atau aplikasi yang anda muat turun boleh membuka peluang bagi penjenayah mencari mangsa.

Aplikasi mudah alih seperti TikTok, Instagram atau Facebook biasanya beroperasi dalam persekitaran terhad, bermakna ia terhad kepada ruang operasi dan data mereka sendiri, dengan had yang ditetapkan oleh sistem pengendalian pada perkara yang boleh diakses.

Sekatan lain tidak boleh mengakses data atau fungsi yang tersedia dalam aplikasi lain, melainkan jika pengguna memberi kebenaran secara jelas. Aplikasi juga tidak dapat mengakses peranti lain pada rangkaian yang sama.

Bukan itu sahaja, dalam kededua sistem Android dan iOS, aplikasi mesti meminta kebenaran sebelum boleh melaksanakan pelbagai jenis kegiatan.

Perbuatan mengimbas rangkaian atau interaksi dengan peranti lain memerlukan kebenaran khusus yang biasanya tidak diberikan kepada aplikasi pengguna biasa.

Jika aplikasi telah dimuat naik di Google Play Store atau Apple App Store, ia juga melalui proses semakan yang direka untuk menangkap tingkah laku hasad, termasuk perbuatan mengakses rangkaian yang tidak dibenarkan.

Akhir sekali, sistem pengendalian dan penghala moden biasanya mempunyai ‘tembok pengadang’ dan langkah keselamatan lain yang menghalang pengimbasan atau interaksi rangkaian yang tidak dibenarkan.

Namun demikian, aplikasi masih boleh mengakses peranti lain dalam rangkaian anda dengan niat jahat.

Contohnya, beberapa alatan rangkaian khusus dan aplikasi rangkaian persendirian maya (VPN) mungkin meminta kebenaran mengakses rangkaian anda. Secara teori alat sedemikian boleh disalahgunakan, walaupun aplikasi bereputasi dalam kategori ini telah direka bentuk untuk meningkatkan keselamatan.

Aplikasi yang dimuat turun melalui gedung aplikasi rasmi mungkin selamat, tetapi waspada akan aplikasi pihak ketiga yang disediakan menerusi sumber tidak rasmi atau kurang dipercayai.

Aplikasi sedemikian lazimnya memintas proses semakan biasa dan berkemungkinan mengandungi kod atau perisian hasad. Jika anda memuat turun aplikasi itu, telefon anda boleh dijangkiti dan melakukan kegiatan yang tidak dibenarkan, termasuk pengimbasan atau serangan rangkaian.

Satu lagi pintu masuk bagi penjenayah ialah menerusi perisian atau aplikasi yang sudah lapuk.

Penjenayah siber sering mencari kelemahan yang ada dalam perisian lama dan menggunakan kelemahan itu untuk melakukan kegiatan yang tidak dibenarkan – itulah sebabnya syarikat sentiasa berulang kali merayu supaya mengemas kini perisian anda!

Contohnya, Apple baru sahaja mengeluarkan kemas kini keselamatan kritikal sebelum melancarkan iPhone 15 terbarunya.

Demi mengelak diri daripada menjadi mangsa, ikuti nasihat berikut:

GUNA SUMBER SAHIH

Muat turun aplikasi dari gedung rasmi dan pembangun perisian yang dipercayai. Baru-baru ini seorang mangsa kehilangan $50,000 selepas memuat turun aplikasi pihak ketiga yang menjanjikan durian lazat.

Kemas kini perisian anda secara kerap. Dengan adanya versi terkini, peranti anda akan dilindungi daripada sebarang kelemahan yang diketahui.

Berwaspada sebelum memberikan kebenaran bagi sebarang aplikasi untuk mengakses sistem anda. Jika ada aplikasi yang minta kebenaran pastikan kesahihannya.

Untuk keselamatan tambahan, terdapat juga beberapa perkara mudah yang boleh anda lakukan untuk melindungi rangkaian Wi-Fi di rumah anda.

GUNA KATA LALUAN KUKUH

Pasang kata laluan Wi-Fi yang kuat dan tukarkan ia secara kerap. Biarpun ini langkah kawalan asas, tetapi masih ada pengguna yang menggunakan kata laluan yang sangat mudah.

Ingin meningkatkan tahap keselamatan anda? Gunakan frasa laluan dan bukannya kata laluan.

Gunakan wadah penyulitan (encryption) WPA3 pada rangkaian Wi-Fi anda. WPA3 ialah versi kaedah penyulitan dipertingkat berbanding kaedah lama seperti WPA2 dan WEP.


WASPADA GUNA WI-FI AWAM

Akhir sekali, berhati-hati apabila menggunakan Wi-Fi awam dan rangkaian tidak selamat.

Rangkaian ini lebih terdedah kepada pelbagai jenis serangan. Gunakan VPN apabila perlu dan elakkan daripada memasukkan maklumat sensitif seperti menggunakan aplikasi perbankan semasa menggunakan Wi-Fi di tempat awam.

SEMBUNYIKAN RANGKAIAN WI-FI ANDA

Menyembunyikan rangkaian Wi-Fi anda boleh mengelak penceroboh daripada mengesannya dan cuba lakukan perkara yang tidak diingini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >