Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lebih banyak rancangan realiti Korea teroka isu cerai

Apr 01, 2024 | 05:30 AM



Penyiar Korea Selatan menghasilkan rancangan baru tentang penceraian dalam kalangan pasangan suami isteri dalam kehidupan realiti, menyusuli gelombang rancangan realiti yang berjaya menerokai tema sama.

Maeil Broadcasting Network (MBN) berkata ia telah memutuskan untuk kerap menyiarkan Decision to Divorce (Keputusan untuk Bercerai) mulai April menyusuli kejayaan musim pertama rancangan itu yang bersiaran dari Januari hingga Februari.


Decision to Divorce memaparkan pasangan yang melalui waktu sukar dalam rumah tangga mereka dan ada daripadanya mengalami perceraian.


Musim pertama memaparkan tiga pasangan – Cef Korea, Lee Hye-jeong dan suaminya Ko Min-hwan, yang telah berkahwin selama 45 tahun; pemain bola sepak Jeong Dae-se dan isterinya, yang telah berkahwin selama 10 tahun dan pelawak Ryu Dam dan isterinya, Shin Yoo-jung. Perkahwinan pertama Ryu Dam berakhir dengan penceraian pada 2011 dan beliau kemudian menikahi Shin pada 2020.

Musim pertama itu mendapat kadar tontonan kemuncak sebanyak 4.2 peratus.

Syarikat penyiaran JTBC juga merancang menyiarkan rancangan realiti barunya, Divorce Deliberation Camp: Refresh, mulai 4 April.


Rancangan itu memaparkan pasangan biasa yang sudah mendirikan rumah tangga yang memilih untuk bercerai atau sedang mempertimbangkan untuk berpisah dan mahu mengalami proses perceraian.

Walaupun format dan bahan rancangan realiti itu serupa dengan Decision to Divorce, rancangan JTBC itu menerokai kehidupan individu biasa berbanding selebriti.


Rancangan yang berbicara tentang perceraian dalam kalangan pasangan yang sudah berkahwin dalam kehidupan sebenar kian popular menyusuli beberapa siri rancangan realiti Korea yang menerokai tema sama dalam beberapa tahun lalu.

Perkhidmatan penstriman Korea, Tving, menyiarkan Between Marriage and Divorce (Antara Perkahwinan dengan Perceraian), yang disiarkan selama dua musim dari 2022 hingga 2023, yang menampilkan pasangan suami isteri biasa yang mempertimbangkan untuk bercerai ketika mereka mengharungi konflik dan isu sulit dalam perkahwinan mereka.


We Got Divorced (Kami Bercerai), terbitan TV Chosun, yang mengeluarkan musim pertama pada 2020 dan musim kedua pada 2022, memberi tumpuan kepada tokoh awam atau selebriti yang bercerai namun tinggal di rumah yang sama. Rancangan ini mempunyai kadar penonton tertinggi sebanyak 9.3 peratus.


Peningkatan bilangan program menangani perceraian mencerminkan anjakan masyarakat di mana perceraian telah menjadi lebih mudah diterima, bermakna ia bukan lagi topik yang dianggap tabu untuk perbincangan di televisyen.

Menurut perangkaan daripada Statistics Korea, walaupun bilangan perkahwinan menyaksikan penurunan yang ketara dari 326,000 pada 2010 kepada kira-kira 194,000 pada 2023, kemerosotan dalam jumlah perceraian tidaklah begitu mendadak, iaitu 116,000 pada 2010 dan 92,000, pada 2023.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >