Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih khidmat penerbangan langsung ke Uzbekistan, Bhutan

Syarikat Bhutan, Drukair, jalin kerjasama dengan Chan Brothers Travel
Jul 9, 2025 | 5:21 PM
Biara Tiger’s Nest di Bhutan.
Biara Tiger’s Nest di Bhutan. - Foto PEXELS

Mereka yang merancang meneroka Uzbekistan atau Bhutan akan dapati lebih mudah untuk ke kedua-dua negara tersebut sedang syarikat penerbangan nasional Bhutan, Drukair, meningkatkan bilangan penerbangan yang dicarter dari Singapura ke kedua-dua negara itu lebih tiga kali ganda sepanjang 2025 dan 2026.

Langkah besar itu dirasmikan menerusi penandatangan memorandum persefahaman (MOU) yang berlangsung pada 4 Julai di Singapura antara syarikat Chan Brothers Travel dengan Drukair Corporation.

Menurut jurucakap Chan Brothers Travel, kunjungan penerbangan langsung yang dicarter ke Bhutan bagi Mei dan Jun telah ditempah penuh, petanda bahawa ia sangat popular.

Kunjungan penerbangan dicarter ke Uzbekistan akan bermula pada 7 Disember.

Dihubungi Berita Minggu (BM), Duta Besar Uzbekistan ke Singapura, Encik Alisher Kayumov, berkata pelancaran penerbangan langsung antara Singapura dengan Uzbekistan akan mengurangkan dengan ketara waktu perjalanan dan membuka peluang bagi perniagaan dan pelancongan.

Pada masa yang sama, ia menyokong matlamat nasional negara itu untuk meningkatkan jumlah ketibaan pelancong dan mempromosikan negara tersebut sebagai destinasi sejarah dan kebudayaan utama di Jalan Sutera (Silk Road) purba, selain membuka laluan untuk pengunjung meneroka Asia Tengah.

Menyusuli permintaan meningkat dalam kalangan pengunjung dari Singapura yang mahu ke Uzbekistan dalam beberapa tahun kebelakangan ini, penerbangan langsung yang bakal dilancarkan dijangka merangsang trend tersebut, dengan pihak berkuasa pelancongan mengunjurkan kenaikan 50 peratus hingga 70 peratus ketibaan dari Singapura pada 2025 berbanding lebih 3,000 pada 2024.

“Uzbekistan sedang menyaksikan minat kian meningkat daripada pasaran pelancongan mesra Muslim dan pasaran halal global, termasuk Asia Tenggara.

“Negara ini, sebagai negara majoriti Muslim dengan warisan Islam yang mendalam, secara semula jadinya menarik pengunjung yang mendambakan (pelancongan) halal,” ujarnya.

Menjawab pertanyaan BM, jurucakap Chan Brothers Travel berkata kerjasama dengan Drukair turut membolehkan pengunjung Muslim menikmati penerbangan langsung jika mereka menempah kunjungan bersama syarikat gabungan, termasuk Chan’s World Holidays, yang memenuhi keperluan pengunjung Muslim.

Menyentuh tentang Bhutan, pengarah jabatan pelancongan Pejabat Pelancongan Nasional Kerajaan Bhutan, Encik Damcho Rinzin, berkata kerjasama yang telah dijalin menyokong visi pelancongan negara tersebut yang tertumpu kepada pengalaman mampan dan bernilai tinggi.

“Bhutan memberi tumpuan terhadap pelancongan regeneratif (regenerative). Kami mahu pelancongan menjadikan negara lebih baik, kami mahu menjadikan kehidupan rakyat lebih baik dan paling penting, kami mahu menjadikan pengalaman pelancong di Bhutan lebih baik,” katanya.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg