Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lebih ramai pengunjung S’pura ke Paris, Perancis musim panas ini

Jul 24, 2024 | 2:13 PM
Pengunjung Singapura merupakan antara lima sumber pelancong Asia-Pasifik terbesar yang membuat perjalanan ke Paris.
Pengunjung Singapura merupakan antara lima sumber pelancong Asia-Pasifik terbesar yang membuat perjalanan ke Paris. - Foto REUTERS

Semakin ramai warga Singapura menuju ke Perancis musim panas ini, dengan tempahan penerbangan, hotel dan kereta api ke negara tersebut meningkat 19 peratus dalam tempoh Jun hingga Ogos 2024 berbanding tempoh sama pada 2023.

Paris menjadi tarikan utama dengan tempahan keseluruhan meningkat 12 peratus, menurut perangkaan yang dikeluarkan penyedia perkhidmatan pelancongan, Trip.com.

Malah, pengunjung Singapura merupakan antara lima sumber pelancong Asia-Pasifik terbesar yang membuat perjalanan ke Paris.

Sumber pelancong terbesar lain ialah China, Jepun, Korea Selatan dan Australia.

Menurut Trip.com, Paris merupakan bandar Perancis paling popular, dengan Muzium Louvre menjadi tarikan popular bagi kebanyakan mereka.

Tarikan lain termasuk rumah opera Palais Garnier, Menara Eiffel, dan Disneyland Paris.

Tempahan hotel Paris meningkat 17 peratus dari tahun ke tahun, dengan pengunjung Singapura lebih cenderung tinggal berdekatan Menara Eiffel atau Lapangan Terbang Paris Charles de Gaulle.

Pilihan perjalanan mampan juga semakin popular, dengan lonjakan 420 peratus bagi tempahan kereta api di Paris pada 2024 berbanding 2023.

Dalam memburu pengalaman kebudayaan baru, lebih ramai pengunjung dari Singapura meneroka luar Paris, dengan tempahan hotel di bandar lebih kecil meningkat 85 peratus musim panas ini.

Musim perjalanan kali ini menyaksikan bandar Nice di French Riveria dan Lyon, tapak Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) sebagai destinasi yang paling ingin dituju.

Majoriti pengunjung yang menuju ke Perancis berada dalam lingkungan umur 25 hingga 44 tahun dan telah memperuntukkan 52 peratus daripada perbelanjaan mereka bagi penerbangan, 34 peratus bagi hotel dan baki 14 peratus pada kereta api.

Terdapat minat meningkat terhadap penginapan mewah, dengan 10 peratus kenaikan dalam tempahan hotel 5 bintang di Perancis pada 2024 berbanding 2023.

Eropah kekal sebagai rantau popular dalam kalangan pengunjung Singapura, dengan destinasi lain yang menarik termasuk Britain, Italy, Jerman dan Switzerland.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg