Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Legasi muzik Prince terus dikenang dengan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat

Feb 3, 2025 | 5:12 PM
Penyanyi ikonik ‘funk’ rok, mendiang Prince telah diberikan ‘nugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Anugerah Grammy ke-67, pada 2 Februari di Cryto.com, Los Angeles.
Penyanyi ikonik ‘funk’ rok, mendiang Prince telah diberikan ‘nugerah Pencapaian Sepanjang Hayat di Anugerah Grammy ke-67, pada 2 Februari di Cryto.com, Los Angeles. - Foto GRAMMY AWARDS

Penyanyi ikonik ‘funk’ rok, mendiang Prince atau nama sebenarnya Prince Rogers Nelson, yang pernah menulis perkataan ‘Slave’ (hamba) pada wajahnya sebagai bentuk bantahan terhadap kontrak label rakaman yang tidak adil, telah diberikan Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat pada Anugerah Grammy ke-67.

Antara penerima lain yang turut mendapat Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat ialah The Clash, Frankie Valli, Frankie Beverly, Dr. Bobby Jones, Taj Mahal dan Roxanne Shante.

Dalam pada itu, penghormatan yang diberikan ini dapat mengukuhkan lagi legasi yang ditinggalkan Prince dalam dunia muzik. 

Mantan pemain dram kumpulan The Revolution, Bobby Z., yang mengenali Prince sejak usia 19 tahun, menggambarkan beliau sebagai seorang insan paling berbakat yang pernah ditemuinya.

Bak pepatah ‘harimau mati meninggalkan belang, manusia mati meninggalkan nama’, pengaruh Prince kekal dirasai sehingga persada muzik Barat terus melestarikan dan meraikan sumbangannya walaupun sudah hampir sedekad sejak pemergiannya pada 2016.

Antara yang memberikan penghormatan kepada Prince dalam majlis anugerah berprestij yang berlangsung pada 2 Februari di Crypto.com Arena di Los Angeles itu ialah Jimmy Jam, bekas anggota kumpulan The Time, yang sering dikait rapat dengan Prince sejak awal kerjayanya dalam bidang muzik.

Pada 1985, Prince telah meraih tiga anugerah Grammy pertamanya termasuk Album Skor Asal Terbaik untuk filem muzikal, Purple Rain, yang juga dibintangi oleh mendiang.

Pada tahun yang sama, beliau membuat penampilan sulung di pentas Grammy dengan mempersembahkan lagu Baby, I’m A Star

Manakala, pada Anugerah Grammy ke-46, Prince menyanyi secara duet bersama diva ternama, Beyonce dalam rampaian lagu Purple Rain dan Crazy In Love.

Selain itu, penyanyi asal Minnesota itu ialah penyokong aktif bagi pelbagai organisasi amal seperti #YesWeCode iaitu inisiatif nasional yang membantu golongan muda kurang diwakili untuk mencapai kejayaan dalam sektor teknologi. 

Beliau juga menyokong pertubuhan bukan untung, Green for All, yang bertujuan membina ekonomi hijau yang inklusif dan kukuh untuk membantu masyarakat keluar daripada lingkaran kemiskinan.

Pada 21 April 2016, Prince telah meninggal dunia akibat salah guna dadah. – Agensi berita.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg