Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Legenda ‘Mahsuri’ dibawa ke layar perak

Sep 9, 2024 | 7:03 PM
Penerbit Eksekutif ZK Creative, Omar Ariffin, berkata pihaknya mengambil inisiatif menjalankan kajian mendalam berkaitan legenda Mahsuri untuk menghasilkan filem terbaru itu.
Penerbit Eksekutif ZK Creative, Omar Ariffin, berkata pihaknya mengambil inisiatif menjalankan kajian mendalam berkaitan legenda Mahsuri untuk menghasilkan filem terbaru itu. - Foto BERITA HARIAN MALAYSIA

Syarikat penerbitan, ZK Creative Sdn Bhd (ZK Creative), mengorak langkah menerbitkan filem epik, Mahsuri, sebagai usaha mengangkat kembali kisah legenda tersohor itu yang semakin dilupakan.

Penerbit Eksekutif ZK Creative, Omar Ariffin, berkata sebelum ini, penerbitan visual kisah legenda Mahsuri hanya dalam format drama televisyen (TV) dan persembahan teater.

“Jadi, kami ambil inisiatif melakukan kajian mendalam berkaitan legenda Mahsuri termasuk mendapat pandangan Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Kedah (PSMCK) bagi mengangkat kisahnya ke layar perak.

“Filem Mahsuri yang berlatar belakang sekitar kurun ke-18 dan dijangka menelan belanja sebanyak RM10 juta (sekitar $3 juta) itu bakal diarahkan Dak Seli,” katanya, ketika ditemui Berita Harian Malaysia (BHM) pada 9 September.

Terdahulu, Omar diiringi Dak Seli dan Penerbit Bersekutu, Datuk Mazlan Hashim, dalam membentangkan projek pembikinan filem, Mahsuri, kepada Ketua Pegawai Eksekutif, Lembaga Pembangunan Langkawi (Lada), Datuk Haslina Abdul Hamid.

Omar berkata pihaknya sedang mengenal pasti pelakon wanita popular yang memiliki ciri-ciri sesuai untuk membawa watak wirawati bernama Mahsuri, selain pelakon yang memegang watak Wan Derus, iaitu suami Mahsuri.

“Penggambaran akan dilakukan di sekitar Langkawi, termasuk Pulau Tuba dan tanah besar, manakala kawasan Kota Mahsuri di Kampung Mawat akan dibangunkan set penggambaran perkampungan berwajah era kurun ke-18.

“Menghasilkan filem bersejarah atau epik yang bermutu memang memerlukan kos yang besar, termasuk menyediakan set penggambaran dan busana lama. Kita juga perlukan masa penggambaran yang panjang,” katanya.

Diharapkan filem sebegini akan benar-benar melestarikan sejarah, budaya dan warisan kisah epik yang dikenali dalam kalangan masyarakat Melayu.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg