Terus terang saya katakan betapa saya tidak sabar untuk mendengar lagu terkini Dayang Nurfaizah, Lemah, setelah mendengar sedutan mahakarya komposer dan penulis lirik, Hael Husaini ini, disajikan di laman YouTube.
Judul lagu sahaja Lemah tetapi keseluruhan lagu ini yang mengisahkan tentang jiwa wanita yang rapuh dan mudah terdedah pada pergolakan emosi yang mencengkam apabila putus cinta dan ditinggalkan, menampakkan kekuatan Hael sebagai pencipta dan Dayang pula selaku penyanyinya.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg