Limau menjadi penawar kepada sesiapa yang mengalami masalah kecantikan kulit atau rambut.
Ada tiga khasiat limau yang disenaraikan laman The Island Online.
Bintik hitam yang terbenam dalam pori muka dipenuhi dengan sel mati dan sebum (cecair yang dikeluarkan kelenjar minyak). Pastinya ia mengganggu jiwa setiap gadis dan sukar diluputkan.
Limau menjadi penyelamat masalah bintik hitam pada muka.
Campurkan serbuk kulit limau dengan tairu untuk dijadikan masker muka tebal. Sapukan pada wajah anda dan buat gerak putaran sebelum membilas wajah anda dengan air suam selepas 15 minit.
Ini adalah cara paling asli dan tidak menyakitkan yang dikatakan dapat membantu mengurangkan bintik hitam.
Kita perlu membersihkan, menyegarkan dan melembapkan kulit kita secara tetap.
Kulit limau sekali lagi mempunyai kandungan vitamin C dan antioksidan lantas sesuai dijadikan sebagai bahan penyegar muka untuk membantu mengatasi masalah kulit berminyak atau kulit kering.
Sel kulit mati akan dapat dilenyapkan dengan kulit limau yang diparut dan kemudian dicampurkan dengan tairu untuk dijadikan skrub muka.
Sapukan pada muka dan bilas wajah anda selepas 10 minit.
Salah satu cara paling berkesan untuk merangsang pertumbuhan rambut adalah dengan memakan limau.
Limau mengandungi vitamin C dengan bahan antioksidan ‘bio-flavanoid’ yang membantu pengaliran darah ke bahagian kulit kepala dan dipercayai dapat menggalak pertumbuhan rambut.
Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg