Pengguna Berdaftar
Ligat majukan karya penuh tenaga
Alyph terharu Ziana Zain beri kepercayaan rakam lagu bersama
Feb 13, 2025 | 5:30 AM
Bersandarkan pengalaman yang dilalui, album studio terbaru Alyph memuatkan 12 lagu. Dua daripada 12 lagu tersebut iaitu ‘Teman’ dan ‘Gerak’ merupakan dendangan bersama penyanyi terkenal Malaysia, Ziana Zain. - Foto INSTAGRAM DEF JAM RECORDINGS SEA
Seperti belum tentu hilir mudiknya, album The Storm, hasil karya penggubah lagu dan penyanyi rap, Alyph, 35 tahun, yang dilancarkan baru-baru ini, mencerminkan ‘ribut’ dalam fikiran seseorang yang sukar dijangka.
Bersandarkan pengalaman yang Alyph lalui dan saksikan, album studio pertamanya ini memuatkan 12 lagu termasuk Dari Jauh, Sorok Muka, Siapa Yang Ajar?, Birthday Girl, Saham Naik, Mekar, The Line, Bestfriend Part 2, Ingat, Red Flags, Gerak dan Teman.
Laporan berkaitan
‘Saham Naik’ kisah jatuh bangun hidupFeb 6, 2025 | 11:41 PM
Joe Flizzow ‘ngam’ dengan S’pura sejak remajaJan 3, 2025 | 6:06 PM

