Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:04
Asar
4:28
Maghrib
7:09
Isyak
8:23
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Lima bintang rok bantu madrasah

Feb 15, 2024 | 03:37 PM



Lima penyanyi rok legenda tersentuh dengan kedaifan Madrasah UlumulQuran Wal Ahadith (Al-Muqwa) di Kampung Rantau Panjang, Klang, Selangor yang dibebani masalah kewangan ketara, termasuk tanggungan hutang yang amat berat.

Melalui bakat yang ada, Datuk Awie, Ali XPDC, Ijam Medicine, Ady Wow dan Anjang Terra Rossa, tampil menjayakan konsert Majlis Makan Malam Kesadaran Amal yang akan berlangsung di Pusat Konvensyen Majlis Bandaraya Shah Alam, pada 17 Februari.


Mudir Al-Muqwa, Ustaz Amran Johari, berkata madrasah itu berdepan masalah kewangan selepas pandemik Covid-19 melanda lebih tiga tahun lalu.

“Pastinya semua sudah sedia maklum negara mengalami kemelesetan ekonomi selepas pandemik Covid-19 melanda. Banyak syarikat gulung tikar dan kami turut terima tempiasnya.

“Kami tiada sumber lain untuk menguruskan madrasah ini, selain mengharapkan bantuan masyarakat. Situasi semasa menyebabkan kami sukar mendapatkan bantuan. Bagi menguruskan madrasah ini, kami perlukan kira-kira RM117,000 ($32,982) sebulan.

“Jumlah ini merangkumi pengurusan madrasah, gaji kakitangan dan guru serta perbelanjaan harian lain. Kami berdepan bebanan hutang berjumlah hampir RM285,000 untuk membiayai kos operasi sebelum ini,” jelasnya kepada Berita Harian Malaysia (BHM).


Menurutnya lagi, ada tunggakan atau tuntutan hutang daripada pembekal tenaga dan syarikat air dengan tunggakan bil utiliti mencecah RM80,000 untuk tempoh dua tahun.

“Kami tidak bayar kerana tidak mampu menjelaskannya. Selain itu, kami juga menghadapi masalah bekalan makanan,” katanya pada sidang media baru-baru ini.

Madrasah Al-Muqwa ditubuhkan sejak 14 tahun lalu dan mempunyai 213 pelajar yang sebahagian besar ialah anak-anak yatim, fakir dan miskin serta anak mualaf serta terbiar.

Ustaz Amran menambah, pada 2021, madrasah itu pernah menganjurkan konsert yang mempunyai matlamat sama, namun, belum mencukupi.

“Kami sudah berusaha sehabis daya dengan berjumpa orang ramai dan pelbagai pertubuhan. Kami juga anjur jualan amal, namun, masih belum cukup untuk menampung perbelanjaan bulanan serta melunaskan hutang sedia ada.

“Kami turut menggunakan platform media sosial sebagai usaha mencari dana, namun, cara itu masih belum berkesan.

“Sehubungan itu, kami ambil pengalaman menganjurkan majlis makan malam yang pernah dilakukan pada 2021.

“Cuma, tahun ini (2024), kami membariskan muka baru seperti Awie, Ady dan Anjang selain penampilan istimewa Mawi serta Faizal Ismail yang bertindak sebagai pengacara,” katanya.

Pada 26 Februari 2022, Al-Muqwa tampil menganjurkan konsert yang dijayakan Ali dan barisan selebriti hijrah lain iaitu Iwan Syahman, Kieran dan Faizal di Dewan Palembang, Rantau Panjang, Klang, bagi mengisi dana.

Mengulas pengisian konsert berkenaan, beliau berkata persembahan selama lima jam itu bukan hanya menekankan konsep Islamik, malah, bersifat terbuka, sesuai dengan penyanyi undangan.

“Pengisian konsert ini lebih kepada Islamik kerana kami menyajikan qasidah, berzanji dan bacaan ayat suci Al-Quran serta selawat daripada artis jemputan.

“Tetapi kalau artis undangan hendak menyanyi lagu popular mereka, kami sangat mengalu-alukan.

“Selain itu, ada slot jualan amal apabila artis terbabit melelong barangan peribadi mereka. Tetamu juga akan disajikan dengan perkongsian artis mengenai penghijrahan mereka.

“Mungkin ada yang kita belum pernah dengar bakal dikongsikan pada malam itu.

“Hasil kutipan dana menerusi jualan meja makan dan juga kerusi menerusi kupon ini akan digunakan sepenuhnya bagi membiayai kos operasi madrasah yang serba kekurangan ini,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >