Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Siti Nurhaliza lega pelajar, petugas tadika di Gaza selamat

Nov 21, 2023 | 03:55 PM



Penyanyi Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin bersyukur kesemua pelajar dan petugas sekolah Afwa Al Afiyah di Gaza, Palestin, yang dibangunkan menerusi Yayasan Nurjiwa berada dalam keadaan baik dan selamat sampai di selatan negara itu.

Beliau berkata buat masa ini, hasil sumbangan rakyat Malaysia menerusi yayasan itu masih dapat terus diberikan walaupun dalam keadaan yang sangat meruncing memandangkan wakil yang juga kenalannya, Dr Mohanad, masih selamat dan mampu mengendalikan sumbangan tersebut.

Menurut laman web, Astro Awani, Siti, yang mesra dengan panggilan Tokti, berkata tumpuan beliau dan suaminya, Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa, kini bagi memberi bantuan keperluan asas termasuk makanan, air bersih dan selimut untuk penduduk di sana menerusi yayasan berkenaan.

“Sekolah itu mempunyai lebih 100 pelajar sekolah berumur seawal usia lima hingga lapan tahun dengan lebih 10 petugas yang masih meneruskan tugas mereka yang kini tertumpu kepada kerja amal untuk penduduk yang berada di selatan Gaza,” katanya pada sesi perkongsian program Bizjihad anjuran Lembaga Zakat Selangor.


Program itu turut disertai Pengerusi Eksekutif Capital A, Datuk Kamarudin Meranun, yang diadakan bagi berkongsi pengalaman kedua-dua tokoh itu mengenai kepentingan dan kewajiban mengeluarkan zakat serta kebaikan bersedekah.

Siti menceritakan, Dr Mohanad ada memaklumkan sebelum mereka bertolak ke selatan Gaza, keadaan sekolah Afwa Al Afiyah itu masih selamat daripada bedilan bom atau serangan tentera Zionis Israel.

Katanya, setiap hari, Dr Mohanad akan berulang-alik dari tempat tinggal mereka ke hospital berdekatan untuk mendapatkan liputan Internet bagi berkongsi status mereka di sana untuk memastikan beliau dan suami tidak risau akan keadaan mereka.

“Sepanjang dua tahun sekolah ini beroperasi, ia melindungi kebanyakannya anak-anak yatim piatu.

“Namun syukur, walaupun Yayasan Nurjiwa tidak sebesar mana berbanding badan pertubuhan amal yang lain, kita dapat berikan bantuan terus kepada anak-anak di sana,” katanya sambil menahan sebak.

Siti berkata selain bantuan untuk rakyat Palestin, Yayasan Nurjiwa yang ditubuhkan sejak 2006 itu turut membantu mangsa banjir, golongan asnaf dan bantuan persekolahan dan perubatan untuk golongan kurang berkemampuan di Malaysia.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >