Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Tekad bulat Elly Mazlein tinggalkan ‘All Stars Gegar Vaganza’ bukan gimik

Oct 12, 2023 | 03:59 PM



KUALA LUMPUR: Bukan sekadar untuk menarik perhatian tetapi merupakan satu hakikat.


“Ini semua bukan gimik seperti yang Nabil Ahmad (pengacara rancangan All Stars Gegar Vaganza) katakan. Ini keputusan muktamad yang sudah dibuat dan saya akan tinggalkan pentas Gegar Vaganza buat selama-lamanya.”


Demikian kata penyanyi dan pengacara Elly Mazlein pada Rabu lalu, mengenai pengundurannya daripada mengacarakan program realiti, All Stars Gegar Vaganza bersama Nabil dan Jihan Muse.


Elly berkata keputusan untuk menarik diri daripada program itu tiada kaitan dengan hal rumah tangganya atau dirinya sedang berbadan dua.

“Ini semua bukan salah Astro. Saya tidak akan bersama dengan Gegar Vaganza lagi.


“Ini semua keputusan saya sendiri. Saya tidak mengandung. Hubungan dengan suami dan anak-anak pun baik-baik saja, alhamdulillah,” katanya dalam beberapa hantaran Instagram Story baru-baru ini, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


Menurut Elly, biarpun tidak lagi bersama dalam program itu beliau akan tetap memberikan sokongan kepada kesemua peserta All Stars Gegar Vaganza (ASGV) yang mengambil bahagian.


“Teruskan menyokong kesayangan saya yang sedang bertanding dalam ASGV. Kepada bintang ASGV saya akan sentiasa menyokong kalian. Buat sehabis baik.

“Terima kasih di atas kata-kata semangat dan kasih sayang. Insya-Allah kita jumpa dalam program Astro nanti.

“Hanya di Gegar Vaganza saja saya tiada. Saya sayang anda semua,” katanya.


Di dalam hantaran Instagram Story itu juga, Elly turut mengucapkan terima kasih kepada bosnya yang menghormati keputusannya dan berharap dapat bekerjasama dengan Astro dalam kesempatan lain.

“Seorang bos yang baik adalah juga rezeki. Terima kasih sekali lagi,” tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >