Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

Liza Hanim ‘sekolahkan’ warganet kecam paras rupanya faktor kurang popular

Rakan seangkatan, Siti Nurhaliza, kesali kelantangan pengguna
media sosial
Sep 28, 2023 | 05:30 AM



Selama 26 tahun penyanyi Liza Hanim berkecimpung sebagai anak seni, beliau sudah lalui pelbagai onak duri dan ujian kehidupan. Baginya, kutukan secara halus warganet tidak akan menggoyangkan kedudukannya atau semangatnya.

Bagaimanapun, Liza, 43 tahun, tetap ingin bersuara di Instagram mengenai komen seorang warganet yang menggelar dirinya ‘jab_netizen’. Komen itu membuatnya sedih bahkan dianggap tidak wajar dan tidak peka pada perasaan orang lain.


Individu berkenaan yang menggerakkan akaunjab_netizen’ mengulas bahawa Liza yang terpilih untuk menyertai All Stars Gegar Vaganza atas undian peminat, berbakat, bersuara sedap dan mantap.


Bagaimanapun, beliau berkata penyanyi itu mempunyai kekurangan kerana tidak berupa cantik dari segi hidung yang sedikit kembang serta kulit wajah yang berlubang-lubang sejak zaman anak dara lagi.

“Jadi faktor tersebut buatkan beliau (Liza) sedikit terkebelakang zaman itu,” ujar warganet itu.

Menurut Liza, beliau tidak marah tetapi perlu mengulas isu sebegini yang disifatkan persis menghina kurniaan Tuhan dan paras rupa orang.

“Mengapa orang tak cantik memang tak boleh menang apa-apa ke di Malaysia atau di peringkat antarabangsa? Orang yang tak putih hidung tak mancung memang tak boleh ke berjaya di Malaysia ni?

“Ya betul akak sedar dan akak sangat bersyukur dengan apa yang Allah swt telah kurniakan pada akak. Asal sahaja saya gembira bersama keluarga dan keluarga akak tak kisah semua cantik buruk ke akak ni bagi ‘standard’ manusia.


“Allah kurniakan bakat untuk akak boleh menyanyi tapi akak tak ada rupa paras yang mana semua mahukan putih cantik gebu mancung semua tu tapi akak tetap bersyukur. Teragak nak beri komen macam ni, berkali-kali pula tu, mengapa? Apa motifnya?” tanya Liza.

Pelantun lagu Gelisah Mimpi itu menambah, kadangkala bahasa seseorang itu jauh lebih penting daripada paras rupa.


Beliau tidak goyah dengan cacian, kutukan dan kritikan sesiapa tetapi budaya warganet ini agak melampau.

“Kadang, akak tertanya juga rupa orang tulis ni macam manalah agaknya...? Hantaran ini untuk semua yang pernah kena kutukan macam akak untuk bangkit dan kekal kuat dan buat apa sahaja yang akan membuatkan kita semua gembira untuk diri kita dan keluarga kita.

“Kita akan terus bersyukur kepada Allah swt atas segala kurnia-Nya,” tambah Liza.


Apa yang Liza sampaikan itu menarik perhatian sebilangan artis lain termasuk Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sentiasa dibanding-bandingkan dengannya suatu ketika dahulu.

Siti, 44 tahun, menerusi laman sosial Liza meluahkan rasa kesal dengan kelantangan warganet yang jelas menunjukkan keperibadian tidak baik apabila mengkritik wajah fizikal Liza.

“Tulisan daripada ‘jab_netizen’ jelas menunjukkan keperibadiannya yang tidak baik dan hati yang hitam. Jangan menyentuh soal fizikal sebab semua orang tidak sempurna.

“Kesal dengan kelantangan warganet yang konon pandai menilai tetapi sebenarnya menyerlahkan lagi kebodohannya. Kepada sahabat saya, Liza Hanim. Teruskanlah perjuangan kerana setiap pengorbanan, kesungguhan, Allah swt janjikan kejayaan. Inilah masanya. Semoga Allah swt permudahkan segalanya buatmu,” tulis Siti.


Penyanyi Syura Badron pula menambah: “Siapa kata Liza Hanim tenggelam? Helo. Beliau pemenang Vokal Terbaik Anugerah Juara Lagu 2002 okay! Kita pun tak mampu. Sayang kak ngah... Kakak cantik di luar dan dalam.”

Pelakon Sazzy Falak juga memberi kata-kata galakan bahawa Liza adalah wanita yang cantik dengan jiwa yang cantik dengan bakat luar biasa.

“Pelik sangat apabila ada yang kata sesuatu yang tidak memuaskan hati mereka sedang kononnya menampakkan seakan-akan mereka nak memuji. Walau apa pun, Liza kekal sebagai salah seorang insan dan penyanyi yang saya minati,” katanya lagi.

‘Jab_netizen’ kemudian mempertahankan dirinya dengan menyatakan beliau tiada niat langsung menghina paras rupa Liza dan setakat menjelaskan mengapa penyanyi itu kurang menyerlah dan berjaya sedangkan dirinya sangat berbakat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >