Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Lokasi strategik antara tarikan hotel lima bintang

Sep 10, 2023 | 5:30 AM
LUAS: Lobi hotel Courtyard by Marriott Melaka cukup luas bagi menampung pengunjung luar negara dan juga tempatan. 
LUAS: Lobi hotel Courtyard by Marriott Melaka cukup luas bagi menampung pengunjung luar negara dan juga tempatan.  - Foto BM oleh NABILAH JUMLI

Terletak di kawasan utama Melaka, hotel Courtyard by Marriott Melaka merupakan penginapan ideal bagi pelancong dan rakyat tempatan.

Meski baru sahaja membuka pintunya secara rasmi April lalu, hotel ini telah diiktiraf sebagai hotel lima bintang oleh Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia.

Dimiliki oleh Yong Tai Berhad, hotel 28 lantai ini sesuai untuk penginapan pengunjung atas faktor-faktor seperti:

MUDAH, DEKAT KE MANA-MANA

Bagi penggemar ‘shopping’, ia hanya memakan masa lima minit memandu untuk sampai ke pusat beli-belah terdekat iaitu Dataran Pahlawan Megamall.

Dengan berjalan kaki kurang lima minit, pengunjung juga boleh menjamu selera di pelbagai gerai, termasuk gerai roti john terkenal di Melaka, Seri Erra Roti John.

Perjalanan ke bangunan Tapak Warisan Dunia Unesco juga hanya memakan masa beberapa minit sahaja.

Justeru, lokasi hotel ini serta ruang biliknya yang luas menjadi tarikan utama para pengunjung.

KEMUDAHAN YANG PELBAGAI

Courtyard by Marriott Melaka juga menyediakan kemudahan riadah, seperti gimnasium yang dibuka 24 jam dan juga kolam renang ‘infiniti’ yang menghadap bandar bersejarah Melaka.

KEMUDAHAN RIADAH: Antara tarikan hotel ialah kolam renang ‘infiniti’ dengan pemandangan bandar Melaka.
KEMUDAHAN RIADAH: Antara tarikan hotel ialah kolam renang ‘infiniti’ dengan pemandangan bandar Melaka. - Foto-foto BM oleh NABILAH JUMLI

Hotel ini juga menawarkan pelbagai ruang fungsi serba guna yang mencapai 1,650 meter persegi, sesuai untuk acara seperti majlis perkahwinan atau acara korporat.

Hotel ini mempunyai bilik pameran dan perkhidmatan pengantin bagi pasangan yang berminat mengadakan majlis perkahwinan di premis hotel.

KHIDMAT TAMBAHAN: Courtyard by Marriott Melaka juga mempunyai bilik pameran khas yang menawarkan perkhidmatan pengantin seperti kad, baju dan hiasan majlis.
KHIDMAT TAMBAHAN: Courtyard by Marriott Melaka juga mempunyai bilik pameran khas yang menawarkan perkhidmatan pengantin seperti kad, baju dan hiasan majlis. - Foto BM oleh NABILAH JUMLI

HIDANGAN RESTORAN

Courtyard Cafe yang buka sepanjang hari menawarkan menu halal ala carte, bufet dan juga khidmat hantar makanan ke bilik atau room service.

Bufet makan malam menyajikan aneka masakan tempatan dan antarabangsa melalui konsep dapur terbuka dan stesen memasak secara langsung.

Mengubah semula hidangan terkenal Cef Gordon Ramsay, daging wellington, Courtyard Cafe mengambil kelainan dengan sajiannya tersendiri iaitu salmon wellington.

Isi ikan salmon dibalut pastri ini merupakan antara menu istimewa bufet makan malam hotel ini.

Buat penggemar manisan, hidangan pencuci mulut Courtyard Cafe yang pelbagai pastinya sesuai buat semua cita rasa.

SAJIAN ISTIMEWA: ‘Salmon wellington’ merupakan hidangan unik bufet makan malam Courtyard Cafe. Isi ikan salmon yang dibalut pastri menjadi kegemaran ramai.
SAJIAN ISTIMEWA: ‘Salmon wellington’ merupakan hidangan unik bufet makan malam Courtyard Cafe. Isi ikan salmon yang dibalut pastri menjadi kegemaran ramai. - Foto BM oleh NABILAH JUMLI

Meskipun menawar kemudahan dan perkhidmatan yang pelbagai, kadar sewa bilik hotel di Courtyard by Marriott Melaka kekal berpatutan berbanding hotel lima bintang yang lain.

Secara keseluruhan, penginapan di sini sangat memuaskan semasa mengunjungi negeri bersejarah ini.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg