Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

M. Daud Kilau mohon penyebar berita palsu umum kematiannya minta maaf

Jul 14, 2023 | 12:22 PM



Raja Gelek, Datuk M Daud Kilau mengeluh, setiap kali beliau masuk hospital, ada pula pihak yang menyatakan dirinya sudah meninggal dunia.

“Ada yang datang ziarah rumah saya. Berapa kali agaknya manusia mati?” ujar penyanyi veteran berusia 85 tahun itu ketika dihubungi Harian Metro.


Terdahulu, tular di media sosial sejak pagi Khamis yang menyatakan penyanyi lagu malar segar, Sirih Pinang dan Cek Mek Molek itu meninggal dunia.


Ketika dihubungi, M Daud Kilau berkata beliau masih bernafas dan meluahkan perasaan hairan di sebalik berita kematiannya yang sudah beberapa kali dihebohkan.

“Saya masih bernafas, masih sihat walaupun kesihatan agak terganggu sedikit. Saya macam biasa saja, saya makan apa yang sedap, ikan kegemaran saya ikan tongkol, hari ini isteri saya masak.

“Dia menjaga saya pagi, malam, waktu tidur dan sekarang dia sentiasa berada di samping saya.

“Saya memang tak sihat, kebas kaki dan tangan, biasalah sakit orang tua. Hari ini ada orang datang ke rumah saya, mereka nak menziarahi sebab dapat mesej mengatakan saya sudah meninggal dunia. Jadi mereka datang bertanyakan pada isteri saya pagi tadi,” katanya.

Juara Bintang Radio di Singapura pada 1968 itu turut meminta individu yang mencetuskan berita palsu berkenaan datang berjumpa dengannya serta memohon maaf.


“Kepada individu yang kata saya sudah mati, harap datanglah berjumpa dengan saya. Kita bersalaman, berkenalan, tidak salah.Datanglah segera jumpa saya minta maaf, mana tahu kalau betul-betul Allah ambil nyawa saya, tak sempat nak bercakap dengan saya. Minta maaf pada saya.

“Nanti tak payah nak jumpa di ‘sana’, kalau di dunia pun payah nak berjumpa apatah lagi di ‘sana’ nanti,” katanya.

Sementara itu, isterinya, Datin Rohani Awang Ngah, berkata beliau terpaksa menjawab panggilan telefon dari ahli keluarga serta rakan artis sejak pagi. Ramai yang cemas bertanyakan situasi suaminya.

“Anak saudara saya yang tinggal di Kuala Lumpur menangis kerana menyangka memang benar suami saya sudah meninggal dunia. Dia tanya betulkah Pak Su (Daud Kilau) meninggal dunia? Saya jawab Pak Su sedang makan.

“Datuk DJ Dave pun menelefon bertanyakan perkara sama. Saya banyak terima panggilan telefon sehingga saya tak sempat jawab.

“Jiran, kawan dan peminat juga datang ke rumah kami hari ini dalam keadaan bersedih kerana menyangka mesej berkenaan benar,” katanya.

Sebelum ini, berita palsu kononnya bintang veteran itu meninggal dunia sudah beberapa kali tersebar antara Januari 2016 dengan September 2022. Dua pesanan ini disampaikan sewaktu beliau dimasukkan ke wad Hospital Teluk Intan kerana mengadu sukar membuang air kecil dan alami paru-paru berair.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >