Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Gaya Hidup
31
0

M. Nasir cipta muzik ‘video game’ sejarah kesultanan Melaka

Oct 03, 2023 | 03:38 PM



Maestro muzik tersohor kelahiran Singapura, Datuk M Nasir, teruja diberi peluang menjadi sebahagian tenaga kerja dalam proses pembangunan permainan video berlatar belakang zaman Kesultanan Melayu Melaka iaitu Empayar: The Melaka Chronicles.


M Nasir atau nama sebenarnya, Mohamad Nasir Mohamed, 66 tahun, yang juga pengasas syarikat rakaman, Luncai Emas Sdn Bhd, tidak pernah terfikir menerima tawaran menghasilkan lagu tema bagi projek permainan video.

Malah, penyanyi yang popular dengan lagu, Mentera Semerah Padi ini mengaku tawaran itu memberi pengalaman berbeza berikutan kali pertama terbabit dalam tugasan di luar kebiasaan, lapor Berita Harian Malaysia (BHM).


“Saya tidak pernah terbayang untuk bekerja menghasilkan lagu untuk permainan video. Apa yang saya tahu hanya hasilkan lagu untuk filem, drama televisyen, persembahan secara langsung dan sebagainya.

“Tetapi saya tidak tahu masih ada lagi cabang dalam dunia siber dan digital. Ini antara platform kreativiti yang sangat popular. Saya hanya bercakap sebagai pencipta lagu sahaja. Sebelum ini, saya tertanya-tanya bila orang kita hendak buat permainan video seperti ini.

“Kalau lihat, yang sedia ada banyak datang dari China dan negara Barat. Tetapi apabila ada orang kita yang sudah berfikir untuk ke arah itu, ia sangat bagus,” katanya pada majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) antara UniVRse Interactive Sdn Bhd dengan Luncai Emas Sdn Bhd di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), baru-baru ini.

Pada majlis itu, Luncai Emas Sdn Bhd dan UniVRse Interactive Sdn Bhd menjalin kerjasama strategik bagi mewujudkan perkongsian saling menguntungkan merangkumi pelbagai domain terutama dalam landskap hiburan permainan dan digital.

Ketika ini, Luncai Emas Sdn Bhd dan UniVRse Interactive Sdn Bhd memberi tumpuan ke arah pembangunan berkaitan muzik untuk permainan, Empayar: The Melaka Chronicles yang dijangka dilancarkan, akhir 2024.


Mengulas lanjut, M Nasir menganggap tugasan baru itu sebagai cabaran yang mampu memastikan jenama Luncai Emas Sdn Bhd terus kukuh di persada muzik tempatan.

Tugasan itu, katanya, membuka peluang buat dirinya mengembangkan budaya serta karya tempatan dengan baik melalui pelbagai saluran.

“Menghasilkan lagu untuk permainan video ini sebenarnya sangat susah kerana berbeza. Jadi, saya perlu faham bagaimana cara menghasilkan lagu sesuai untuk permainan video. Bagaimanapun, ia adalah satu cabaran menarik buat saya.

“Sepanjang menceburi bidang muzik, saya ada satu tekad untuk membezakan atau mengembangkan budaya kita supaya kita semua akan bangga dengan karya tempatan.

“Alhamdulillah, ada yang nampak perkara ini dan saya diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab ini. Saya harap dengan usaha ini dapat memberi kejayaan yang diharapkan terutama bagi kedua belah pihak,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) UniVRse Interactive Sdn Bhd, Encik Mohd Hezri Amir, berkata pemilihan Luncai Emas Sdn Bhd yang ditubuhkan pada 1990 itu disebabkan kejayaannya selama ini.

Biarpun masih dalam proses pembangunan, Mohd Hezri optimis permainan video yang mengangkat tema pahlawan Melayu itu bakal memberi kelainan kepada pemain.

“Permainan video Empayar: The Melaka Chronicles masih pada peringkat pembangunan. Ada beberapa pihak lain yang kami jalin kerjasama untuk membangunkan pelbagai aspek.


“Kami sudah menghasilkan kira-kira lapan watak yang akan dimuatkan dalam permainan video dengan beberapa watak bakal ditambah lagi. Jadi, pembangunan untuk permainan video ini sudah siap 60 peratus,” katanya.

Encik Mohd Hezri berkata UniVRse Interactive Sdn Bhd yang juga syarikat pembangunan permainan dilengkapi dengan teknologi metaverse dan kecerdasan buatan (AI) berusaha menyediakan Empayar: The Melaka Chronicles secara percuma.


“Sudah pasti orang ramai mahukan permainan video ini secara percuma. Jadi untuk ke arah itu, kami perlukan sumber lain untuk menampung pembikinannya.

“Kami sedang berusaha mendapatkan dana dan tajaan untuk menyempurnakan permainan video ini supaya dapat menyelesaikan pembikinannya, lalu ditawarkan secara percuma kepada orang ramai,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >