‘Search: Fantasia Bulan Salju’ temui peminat S’pura pada Jan 2024
Pengguna Berdaftar
‘Search: Fantasia Bulan Salju’ temui peminat S’pura pada Jan 2024
Sep 22, 2023 | 5:30 AM
‘OTAI’ MASIH BERBISA: Search yang terdiri (dari kiri) Nasir, Datuk Amy, Man Kidal dan Hillary Ang akan menghiburkan peminat Singapura menerusi lagu-lagu malar segar band legenda itu. - Foto SAIFUL CHIN
Dengan kerjaya seni yang mencecah lebih 40 tahun, band rok Search memang tidak disangkal lagi mampu membuai ramai dengan kenangan indah mendengar lagu seperti Gadisku, Rozana, Isabella dan Fantasia Bulan Madu.
Mahakarya yang ada daripadanya merupakan hasil ilham Datuk M. Nasir itu menempatkan kumpulan yang menampilkan vokalis dengan suara yang mampu ditarik pada nada tinggi, Datuk Amy atau nama sebenarnya, Suhaimi Abdul Rahman, 65 tahun, pada tahap yang boleh dibanggakan dalam arena muzik rok Nusantara.
Laporan berkaitan
Rok nostalgia Search kembalikan kenangan meski belum cukup bawa kesanSep 19, 2023 | 3:57 PM
Sejarah fenomena New Boyz ‘Kembali Berulang’Sep 11, 2023 | 4:59 PM

