Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Madonna hargai kasih sayang keluarga sebagai penawar sakit

Aug 1, 2023 | 2:22 PM
KASIH SAYANG KELUARGA UBAH SEGALA: Madonna yang sebelum ini terkena jangkitan bakteria yang membuatnya langsung dikejarkan ke Unit Jagaan Rapi (ICU) akui dirinya sembuh kerana kasih sayang dan perhatian keluarga.
KASIH SAYANG KELUARGA UBAH SEGALA: Madonna yang sebelum ini terkena jangkitan bakteria yang membuatnya langsung dikejarkan ke Unit Jagaan Rapi (ICU) akui dirinya sembuh kerana kasih sayang dan perhatian keluarga. - Foto REUTERS

Penyanyi dan pelakon terkenal, Madonna, bersyukur dirinya masih hidup sebulan setelah diizin keluar dari hospital kerana jangkitan bakteria yang serius.

Ratu Pop itu berada dalam keadaan membimbangkan sejak lewat Jun lalu apabila beliau didapati tidak memberi tindak balas dan kelihatan lemah longlai sehingga perlu dikejarkan ke Hospital New York untuk rawatan, lapor beberapa rencana Barat.

Pengurusnya sejak sekian lama, Encik Guy Oseary, mengesahkan bahawa Madonna dirawat di Unit Jagaan Rapi (ICU), dalam satu kenyataan pada 28 Jun, lapor Yahoo! Entertainment.

Menurut kenyataan itu, Madonna, 64 tahun, dijangka akan pulih sepenuhnya selepas dirawat di hospital itu. Beliau kemudian dibenarkan pulang sehari selepas itu.

Pada Ahad lalu, Madonna kelihatan kembali sihat dan memuatnaikkan fotonya di Instagram bersama anak lelakinya, David Banda dan anak perempuannya, Lourdes Leon.

“Kasih sayang keluarga dan kawan-kawan adalah penawar terbaik. Saya sudah sebulan keluar dari hospital dan saya boleh buat renungan tentang perjalanan hidup saya selama ini,” ujarnya.

Madonna dalam satu program sembang, The Tonight Show Starring Jimmy Fallon, berkata sebagai seorang ibu, beliau sentiasa sibuk menangani keperluan anak-anaknya dan situasi di mana dirinya harus sentiasa memberi.

“Apabila saya berada dalam keadaan sedih, anak-anak saya akan ada di sisi saya. Saya mula lihat diri mereka yang lebih simpati dan prihatin akan keperluan ibu mereka, sesuatu yang saya tidak dapat lihat dalam diri mereka sebelum ini.

“Semua ini penting buat saya sebagai mengubati diri saya. Keprihatinan dan kasih sayang mereka menceriakan hidup saya kembali,” katanya lagi.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg