Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

Destinasi lasak, romantis dan artistik pilihan selebriti dunia

Jul 30, 2023 | 5:30 AM
UNTA KELILINGI PADANG PASIR: Justin Bieber (kiri) gemar berkunjung ke Dubai untuk menenangkan fikiran sambil mengikuti kegiatan seperti menunggang unta.
UNTA KELILINGI PADANG PASIR: Justin Bieber (kiri) gemar berkunjung ke Dubai untuk menenangkan fikiran sambil mengikuti kegiatan seperti menunggang unta. - Foto INSTAGRAM JUSTIN BIEBER

Ke manakah destinasi pilihan selebriti antarabangsa apabila ingin bersantai dan bercuti daripada jadual kerja yang sibuk?

Idola remaja dan penyanyi Justin Bieber, 29 tahun, sukakan suasana panas padang pasir safari di Dubai. Sudah beberapa kali pelantun lagu Baby dan Peaches itu berkunjung ke sana bagi menjalankan kegiatan seperti menunggang unta dan motosikal ATV.

Kata pengurus syarikat pelancongan mxDubai Desert Adventures, Encik Stefan Thicke:

“Nampaknya Justin seperti sudah biasa dengan kegiatan memecut di Dubai. Kami lihat beliau begitu bersahaja menghabiskan masa di bawah terik mentari dengan menunggang ATV dan unta di kawasan gumuk.”

MUZIUM PADA WAKTU MALAM: Muzium Louvre dengan pemandangan indah pada waktu malam antara destinasi pilihan Lady Gaga.
MUZIUM PADA WAKTU MALAM: Muzium Louvre dengan pemandangan indah pada waktu malam antara destinasi pilihan Lady Gaga. - Foto PIXABAY
PIRAMID PENARIK PERHATIAN: Lady Gaga beraksi di depan Muzium Louvre di Paris, Perancis.
PIRAMID PENARIK PERHATIAN: Lady Gaga beraksi di depan Muzium Louvre di Paris, Perancis. - Foto CHP/FAMEFLYNET PICTURES

Setiap kali mengadakan konsert di Paris, Perancis, penyanyi dengan kostum pelik yang tetap menarik perhatian orang ramai, Lady Gaga, akan mengambil kesempatan berkunjung ke Muzium Louvre.

Terdapat struktur piramid di situ yang akan membuatkan Lady Gaga atau nama sebenarnya, Stefani Joanne Angelina Germanotta, 37 tahun, terpegun.

“Lady Gaga suka bergambar di depan piramid di luar Muzium Louvre itu. Mungkin sebab ia unik dan cantik dipandang mata serta artistik,” jelas peminatnya Frederick Polone, 37 tahun, seorang jurubina.

KETENANGAN TASIK COMO: Inilah antara destinasi pilihan selebriti kaya-raya, Madonna dan George Clooney yang memiliki vila mereka sendiri.
KETENANGAN TASIK COMO: Inilah antara destinasi pilihan selebriti kaya-raya, Madonna dan George Clooney yang memiliki vila mereka sendiri. - Foto PIXABAY
MADONNA: Miliki vila sendiri di tepian Tasik Como di Italy.
MADONNA: Miliki vila sendiri di tepian Tasik Como di Italy. - Foto AFP

Tasik Como di Italy menjadi pilihan ramai selebriti kaya-raya seperti Madonna dan George Clooney.

Di sinilah, Madonna, 64 tahun, dikatakan memiliki vila mewahnya sendiri untuk mendapatkan ketenangan melihat air tasik mengalir.

“Tasik Como memang menyegarkan pandangan mata dan membuatkan ramai rasa tenang untuk hanya berdiri di depan jendela vila dan melihat airnya mengalir ketika matahari terbit atau terbenam,” ujar seorang pelancong ke situ, Cik Vivian Tan, 43 tahun, seorang setiausaha yang berkunjung ke tasik itu pada awal 2023.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg