Gaya Hidup
Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsApp
Purchase this articleDapatkan artikel ini
untuk diterbitkan semula

‘Magic’ berkesan di hati John Lennon

Oct 9, 2023 | 5:30 AM
JOHN LENNON: Sebelum meninggal dunia, sempat menyebut ‘Magic’ sebagai lagu kegemarannya.
JOHN LENNON: Sebelum meninggal dunia, sempat menyebut ‘Magic’ sebagai lagu kegemarannya. - Foto INSTAGRAM JOHN LENNON FAN CLUB
OLIVIA NEWTON-JOHN: Memperluas popularitinya dengan lagu ‘Magic’.
OLIVIA NEWTON-JOHN: Memperluas popularitinya dengan lagu ‘Magic’. - Foto FACEBOOK OLIVIA NEWTON-JOHN

Tidak lama sebelum beliau meninggal dunia dalam satu kejadian ngeri ditembak mati pada 1980, vokalis The Beatles, John Lennon, memberitahu majalah Newsweek, lagu yang paling digemarinya buat masa itu adalah Magic.

Magic, nyanyian penghibur veteran, Olivia Newton-John, merupakan karya seni dan runut bunyi filem Xanadu yang popular pada 1980-an. Ia diterbitkan John Farrar.

Newton-John juga adalah pelakon filem Xanadu yang dibintanginya bersama pelakon dan penari legenda, Gene Kelly.

Menurut laman Songfacts, Magic menceritakan tentang arah tuju, takdir, kepercayaan dan ketentuan Tuhan. Apa yang boleh dikatakan, runut bunyi Xanadu jauh lebih menarik daripada filem tersebut. Magic bahkan berada di tangga Carta Hot 100 selama empat minggu.

Meskipun ia menggambarkan sesuatu yang ajaib berlaku pada kehidupan seseorang, lagu itu tidak semudah untuk dihasilkan.

Untuk merakam suara Newton-John agar kedengaran sempurna di samping mengadun muziknya turut memakan masa.

Inilah satu-satu lagu dengan kekata ‘Magic’ yang menjadi lagu hit dalam Carta Hot 100.

Dua lagu dengan kekata ‘magic’ yang juga berjaya masuk carta lagu hit adalah Puff The Magic Dragon oleh Peter, Paul and Mary serta Magic Stick oleh 50 Cent.

Share on FacebookShare on TelegramShare on WhatsAppPurchase this article
Man IconQuiz LogoUji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
  • undefined-menu-icon
  • undefined-menu-icon

Khidmat pelangganan

6388-3838

Meja Berita

Anda ada maklumat mengenai sesuatu berita menarik?
E-mel: bhnews@sph.com.sg